Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MBKS dan DBKU umum lanjutan kontrak KCPS, sistem letak kereta pintar menyusul
  • Selatan
  • WILAYAH

MBKS dan DBKU umum lanjutan kontrak KCPS, sistem letak kereta pintar menyusul

Utusan Sarawak 11 hours ago
MBKS dan DBKU lanjut kontrak tiga bulan kepada KCPS.

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mengumumkan lanjutan kontrak selama tiga bulan kepada Kuching City Parking Systems Sdn Bhd (KCPS) bagi pengurusan sistem letak kereta di bandar raya ini, berkuat kuasa 1 Ogos 2025.

Lanjutan itu merupakan sebahagian daripada fasa peralihan ke arah pelaksanaan sistem letak kereta pintar untuk seluruh Sarawak yang akan diuruskan oleh vendor baharu selepas tamat tempoh kontrak KCPS.

Vendor tersebut bertanggungjawab memperkenalkan sistem baharu berasaskan aplikasi mudah alih serta infrastruktur digital yang lebih moden bagi meningkatkan kemudahan pengguna dan keberkesanan perkhidmatan.

Dalam tempoh interim ini, KCPS akan terus mengendalikan operasi sedia ada tanpa gangguan bagi memastikan perkhidmatan letak kereta awam kekal stabil dan mudah diakses.

Persiapan teknikal dan operasi untuk sistem baharu sedang dilaksanakan sebelum ia diperkenalkan sepenuhnya.

Buat masa ini, MBKS dan DBKU menegaskan bahawa sistem letak kereta pintar masih belum dilaksanakan.

Oleh itu, orang ramai masih perlu menggunakan kupon kertas konvensional sepanjang tempoh peralihan ini.

MBKS dan DBKU turut merakamkan penghargaan kepada orang ramai atas kesabaran serta sokongan berterusan mereka dalam fasa peralihan ini, sambil memberi jaminan bahawa langkah ke arah sistem pintar bakal membawa pengalaman lebih selesa dan efisien kepada pengguna.

Continue Reading

Previous: Forum Pengurusan Bekalan Air di Pustaka Miri esok
Next: Mangsa kebakaran di Beluru terima bantuan segera dari APM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.