Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MBKS buka permohonan Majlis Kanak-Kanak Kuching Selatan sesi 2026-2028
  • Selatan
  • WILAYAH

MBKS buka permohonan Majlis Kanak-Kanak Kuching Selatan sesi 2026-2028

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATUK Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng (dua kanan) bersama ahli majlis menunjukkan poster pembukaan permohonan Majlis Kanak-Kanak Kuching Selatan (KSCC) sesi 2026-2028.

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) membuka permohonan bagi menyertai Majlis Kanak-Kanak Kuching Selatan (KSCC) sesi 2026 hingga 2028 kepada kanak-kanak berusia antara 12 hingga 16 tahun di kawasan Kuching Selatan.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng berkata, platform tersebut diwujudkan bagi memberi peluang kepada golongan muda menyuarakan pandangan, berkongsi idea serta terlibat secara langsung dalam pembangunan bandar yang lebih mesra kanak-kanak.

Menurut beliau, KSCC juga berperanan membantu MBKS memahami isu yang dihadapi kanak-kanak dan remaja di bandar raya ini menerusi pelbagai program komuniti serta sesi libat urus.

“Kita mahu anak-anak muda tampil ke hadapan dengan yakin kerana suara dan idea mereka penting dalam membantu membentuk bandar raya yang lebih selamat, sihat dan inklusif untuk generasi masa depan.

“Majlis ini bukan hanya untuk pelajar cemerlang akademik atau pemimpin sekolah, tetapi perlu mencerminkan kepelbagaian sebenar kanak-kanak di Kuching Selatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman pembukaan permohonan KSCC sesi 2026-2028 di bangunan MBKS, hari ini.

Wee berkata, MBKS merupakan bandar raya pertama di Sarawak dan kedua di Malaysia yang memperoleh status bandar calon di bawah Inisiatif Bandar Mesra Kanak-Kanak (CFCI).

Katanya, pengiktirafan itu mencerminkan komitmen MBKS dalam memastikan hak, kesejahteraan dan pembangunan kanak-kanak terus diberi perhatian.

DATUK Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng berucap pada sidang media pengumuman pembukaan permohonan Majlis Kanak-Kanak Kuching Selatan (KSCC) sesi 2026-2028 di Bangunan MBKS, Kuching, hari ini.

Menurut beliau, KSCC akan dianggotai seramai 30 ahli yang mewakili tujuh zon di Kuching Selatan termasuk kuota khas untuk kanak-kanak daripada kumpulan rentan dan kurang mendapat perhatian.

Tambahnya, calon yang berminat perlu berusia antara 12 hingga 16 tahun, menetap atau bersekolah di Kuching Selatan, mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga serta mempunyai rekod disiplin yang baik.

“Mereka juga perlu menunjukkan minat terhadap isu komuniti dan kanak-kanak serta komited menghadiri mesyuarat dan program rasmi,” ujarnya.

Beliau berkata, ahli yang dilantik akan berkhidmat selama dua tahun dan boleh dipertimbangkan untuk pelantikan semula berdasarkan penilaian prestasi termasuk tahap kehadiran serta penglibatan aktif.

Menurutnya, proses pemilihan akan dilakukan secara telus dan inklusif melalui saringan permohonan, sesi temu duga serta penilaian berkumpulan sebelum senarai akhir diluluskan oleh jawatankuasa CFCI dan majlis penuh MBKS.

Borang permohonan boleh dimuat turun melalui laman sesawang rasmi MBKS atau diperoleh di kaunter lobi MBKS Jalan Padungan.

Permohonan yang lengkap perlu dihantar sebelum 4.00 petang, 28 Mei 2026.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ular sawa sepanjang tiga meter sembunyi dalam stor berjaya ditangkap
Next: Penduduk sepanjang jalan Mengatai-Buang Abai masih menanti bekalan elektrik, air bersih

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.