Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MBKS anjur program vaksinasi anti-rabies percuma Sabtu ini
  • Selatan
  • WILAYAH

MBKS anjur program vaksinasi anti-rabies percuma Sabtu ini

Utusan Sarawak 8 hours ago
HENTIKAN RABBIES… Dato Wee Hong Seng dan tetamu kehormat yang lain bergambar bersama poster program vaksinasi anti-rabies percuma. 

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dengan kerjasama pelbagai agensi akan menganjurkan program vaksinasi anti-rabies percuma di Dewan Persatuan Bola Keranjang Sarawak, Lorong 3, Taman Seng Goon, di sini, Sabtu ini bermula 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng berkata program tersebut turut meliputi pelesenan, penanaman mikrocip serta skim pengebirian bersubsidi khusus untuk anjing betina.

“Rabies bukan hanya tanggungjawab kerajaan, sebaliknya satu usaha bersama antara pihak berkuasa dan masyarakat.

“Sejak Sarawak diisytiharkan sebagai kawasan dijangkiti rabies pada 2017, pelbagai langkah telah dilaksanakan untuk melindungi penduduk serta haiwan peliharaan mereka,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat MBKS hari ini.

Beliau berkata, menerusi kempen itu pemilik haiwan digalakkan memastikan anjing mereka divaksin setiap tahun, berlesen dan ditanam mikrocip bagi tujuan pengenalpastian, selain menyokong pengebirian untuk mengawal populasi haiwan terbiar.

JELASKAN… Dato Wee Hong Seng ketika sidang media di Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Kuching Selatan.

Menurutnya, seramai 100 pemilik anjing betina yang berlesen dan divaksin di bawah MBKS berpeluang menerima subsidi RM150 bagi kos pengebirian.

“Langkah ini penting untuk mencegah pembiakan tidak terkawal, mengurangkan masalah anjing terbiar serta melindungi keselamatan awam,” jelasnya.

Dato Wee menegaskan pemilik anjing perlu membawa kad pengenalan serta kad vaksinasi ketika hadir ke program berkenaan. Haiwan juga mesti sihat, berusia lebih tiga bulan dan tidak bunting.

“Selepas divaksin, anjing perlu dikuarantin selama 28 hari serta tidak bercampur dengan anjing lain yang tidak dikenali. Di tempat awam pula ia mesti sentiasa diikat dengan tali,” katanya.

Beliau berkata, matlamat MBKS adalah untuk memastikan Kuching Selatan kekal sebagai bandar sihat dan bebas rabies menjelang 2030, dengan kerjasama erat semua pihak termasuk pemilik haiwan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua agensi dan sukarelawan yang terlibat. Marilah kita bekerjasama demi keselamatan komuniti dan kesejahteraan haiwan kesayangan kita,” katanya.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki terima kunjungan hormat SPR
Next: Kepala, perut, paha manusia dalam perut buaya ditemukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.