Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MBKS anjur program sempena Hari Kesihatan Alam Sekitar Sedunia esok
  • Selatan
  • WILAYAH

MBKS anjur program sempena Hari Kesihatan Alam Sekitar Sedunia esok

Utusan Sarawak 3 days ago
POSTER…Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) akan menganjurkan program sempena Hari Kesihatan Alam Sekitar Sedunia esok, bertempat di Lobi Dewan Bandaraya Kuching Selatan bermula 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Foto Facebook Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS)

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) akan menganjurkan program sempena Hari Kesihatan Alam Sekitar Sedunia esok, bertempat di Lobi Dewan Bandaraya Kuching Selatan bermula 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Menurut satu kenyataan daripada MBKS, program yang bertemakan ‘Udara Bersih, Rakyat Sihat’, itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan kualiti udara terhadap kesejahteraan komuniti, di samping menggalakkan tindakan praktikal bagi mewujudkan persekitaran Kuching yang lebih bersih dan sihat.

“Antara pengisian program termasuk Pameran Alam Sekitar yang mengetengahkan maklumat berkaitan kualiti udara dan amalan lestari, bengkel Sew & Save yang memfokuskan kepada kreativiti mengitar semula fabrik, serta Kempen Kutipan Pakaian Terpakai bagi tujuan kitar semula dan guna semula. 

“Masuk adalah percuma, dan MBKS menjemput orang ramai termasuk keluarga, pelajar serta kumpulan komuniti untuk bersama-sama menyertai aktiviti yang diadakan,” katanya. 

Pengunjung juga digalakkan membawa pakaian terpakai yang masih bersih untuk disumbangkan, selain menggunakan botol minuman boleh guna semula dan beg mesra alam sebagai sokongan kepada usaha bandaraya mengurangkan penggunaan plastik sekali guna.

Melalui kombinasi pameran, bengkel dan inisiatif kitar semula, MBKS berharap sambutan Hari Kesihatan Alam Sekitar Sedunia kali ini mampu memberi pendidikan serta manfaat praktikal kepada masyarakat setempat.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bukan sekadar simbolik, projek RTP bawa makna besar kepada Kampung Sungai Bedaun
Next: Operasi SAR hari kedua, Tumbu Landa masih belum ditemukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.