Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MBKS anjur program kesedaran kesihatan mental bersama Unimas
  • Selatan
  • WILAYAH

MBKS anjur program kesedaran kesihatan mental bersama Unimas

Utusan Sarawak 5 days ago
DATO Zaiedi Suhaili rakam gambar bersama perserta sempena sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia di Kuching, hari ini.

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menganjurkan Sesi Ceramah Kesedaran Mental sempena sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia hari ini, sebagai usaha meningkatkan kefahaman masyarakat serta menggalakkan penglibatan komuniti dalam penjagaan kesejahteraan mental.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng, dalam perutusan yang disampaikan oleh Timbalan Datuk Bandar, Dato Zaiedi Suhaili, menzahirkan penghargaan kepada semua pihak penganjur dan peserta atas sokongan mereka dalam memupuk kesedaran serta membina komuniti penyayang di Kuching.

SUASANA… Sekitar Sesi Ceramah Kesedaran Kesihatan Mental anjuran MBKS dengan kerjasama Unimas sempena sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia di Kuching, hari ini.

“Program bermakna ini mencerminkan tanggungjawab bersama kita untuk menjaga kesejahteraan fizikal dan mental. Kesihatan mental yang baik menjadi asas kepada masyarakat yang berdaya tahan dan penuh belas ihsan,” katanya.

Beliau menegaskan, cabaran kesihatan mental semakin ketara akibat tekanan hidup yang meningkat, tuntutan kerja dan tekanan sosial.

Justeru, program kesedaran seumpama ini penting bagi membantu orang ramai memahami isu kesihatan mental, menghapuskan stigma serta menggalakkan mereka mendapatkan bantuan apabila diperlukan.

Program berkenaan dianjurkan dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 3: Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik, yang menekankan usaha memastikan kehidupan sihat dan kesejahteraan untuk semua.

SUASANA… Sekitar Sesi Ceramah Kesedaran Kesihatan Mental anjuran MBKS dengan kerjasama Unimas sempena sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia di Kuching, hari ini.

Dua penceramah jemputan, Dr. Nur Iwana Abdul Taib dari Unimas dan Dr. Fairuz Rahim dari Hospital Sentosa, berkongsi kepakaran serta pengalaman mereka dalam pengurusan kesihatan mental dan pembangunan ketahanan komuniti.

Dato Zaiedi turut menzahirkan penghargaan kepada agensi dan organisasi yang menyokong pameran sempena program tersebut termasuk Teduh Jiwa Kaunseling dan Perundingan, Pusat Dee Hati untuk Dukacita, Kehilangan dan Trauma, Yayasan Kebajikan Negara, Persatuan Kesihatan Mental Sarawak, serta Syarikat Inspire Create.

“Sumbangan mereka mengukuhkan rangkaian sokongan komuniti bagi kesejahteraan mental,” ujarnya.

Tambah beliau, MBKS akan terus komited membina bandar Kuching yang penyayang dan lestari, serta memperkukuh masyarakat yang menyanjung nilai empati, sokongan bersama dan kesihatan mental sejajar dengan aspirasi SDG.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Early education on respect and consent crucial, says Lesley Chong
Next: Ketua Kaum ditekankan tingkat profesionalisme dalam khidmat komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.