Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • MBKS anjur pameran alam sekitar pertama bermula esok hingga 12 Mei ini
  • TEMPATAN

MBKS anjur pameran alam sekitar pertama bermula esok hingga 12 Mei ini

Utusan Sarawak 2 years ago
Datuk Wee Hong Seng bersama NakedWonders dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) menunjukkan poster ‘Make Climate Cool Again’ pada sidang media Program Menjadikan Iklim Sejuk Lagi (Program Make Climate Cool Again) bertempat di bangunan MBKS Kuching, hari ini. Foto Herriey Naha

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) buat julung kalinya akan menganjurkan pameran alam sekitar mereka bermula pada 29 April hingga 12 Mei ini di sekitar kawasan MBKS. 

Program Jadikan Iklim Sejuk Lagi (Make Climate Cool Again) diadakan dengan kerjasama NakedWonders dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) bermula 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng berkata program bertujuan membantu meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.

“Besarnya harapan kami agar semua lapisan masyarakat turut serta dalam program yang akan diadakan nanti,” katanya pada sidang media di bangunan MBKS di sini, hari ini.

Menerusi program ini, beliau berkata, pihaknya sedang mengusahakan untuk mewujudkan satu pusat bagi membantu masyarakat mengetahui isu-isu berkaitan alam sekitar lebih lanjut.

“Pada masa sama kita boleh meningkatkan kesedaran tentang perubahan iklim dan mendidik orang ramai untuk membuat perubahan positif bagi manfaat planet kita.

“Kita boleh menggalakkan pembangunan yang lebih hijau, bersih dan mampan,” katanya. 

Sementara itu, beliau menyatakan tindakan awal itu perlu dimulakan bagi memastikan kesinambungannya pada masa hadapan.

“Kita mulakan dengan pameran kecil ini sebagai satu cara untuk memberi impak positif kepada masyarakat.

“Ia tidak akan berhenti setakat program ini. Tetapi ia akan diteruskan supaya kesedaran tentang keperluan menjaga alam sekitar dapat dititikberatkan,” katanya.

Program yang berlangsung selama seminggu ini akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik, pameran dan bengkel berkaitan dengan alam sekitar.

Untuk rekod, program ini diadakan bersempena Hari Bumi yang disambut pada 22 April setiap tahun.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Pakai pelitup muka, tiada SOP baharu – Dr Zaliha
Next: 38 pengeluar makanan, minuman tempatan sertai FHA- Food & Beverage 2023

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.