Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MBKS anjur Festival Kuih Bulan, perpaduan dan tradisi disemarakkan
  • Selatan
  • WILAYAH

MBKS anjur Festival Kuih Bulan, perpaduan dan tradisi disemarakkan

Utusan Sarawak 12 hours ago
MARI MERIAHKAN…Datuk Wee Hong Seng bersama tetaku kehormat yang lain bergambar mempromosikan poster Festival Kuih Bulan. 

KUCHING: Festival Kuih Bulan 2025 anjuran Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dengan kerjasama Isekai bakal berlangsung meriah di Taman Sahabat esok hingga 12 Oktober ini, setiap malam bermula 4.00 petang hingga 11.00 malam.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng berkata, festival tahunan itu adalah antara perayaan budaya paling bermakna kerana menggabungkan nilai kekeluargaan, semangat kebersamaan serta pemeliharaan tradisi turun-temurun.

“Festival Kuih Bulan bukan sekadar bermain tanglung atau makan kuih bulan.

“Ia adalah masa untuk kita berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan, menikmati keindahan bulan penuh serta menghayati nilai kebudayaan yang diwarisi sejak turun-temurun.

” Generasi muda perlu tahu makna sebenar festival ini supaya tradisi terus hidup,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat MBKS hari ini.

Beliau berkata, pihak penganjur telah menyusun pelbagai program menarik bagi memeriahkan suasana malam festival kali ini.

JELASKAN… Datuk Wee Hong Seng ketika sidang media di Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Kuching Selatan

Antaranya persembahan muzik secara langsung oleh Harmonix Liveband, pertunjukan DJ, serta persembahan muzik jalanan oleh penyanyi muda berbakat tempatan.

Kemasukan paling ditunggu adalah pada 6 Oktober, iaitu malam sebenar Festival Kuih Bulan, yang akan menampilkan persembahan khas muzik instrumental Cina oleh Y.Q Music Studio, disusuli persembahan Harmonix Liveband

Pada malam tersebut, pihak penganjur turut mengagihkan tanglung dan kuih bulan kepada kanak-kanak bagi membolehkan mereka merasai sepenuhnya semangat perayaan.

Selain hiburan, festival ini turut menjanjikan suasana meriah dengan permainan keluarga, teka-teki tanglung, sudut bergambar, serta pelbagai pilihan makanan di gerai jualan.

“Ia adalah pengalaman di mana tradisi bertemu kreativiti. Semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur atau bangsa dijemput hadir untuk bersama-sama menyemarakkan pesta budaya ini,” ujar Datuk Wee.

Menurut beliau, MBKS mahu memastikan festival itu bukan sahaja sebagai hiburan tetapi juga platform mengeratkan silaturahim serta memperkukuh perpaduan masyarakat di Kuching.

“Kami mahu seluruh warga kota datang bersama ahli keluarga masing-masing. Bawa anak-anak, ibu bapa, datuk nenek, malah sahabat handai. Festival Kuih Bulan 2025 ini adalah perayaan kebersamaan dan komuniti, bukan sekadar acara budaya,” katanya.

Datuk Wee turut berharap agar perayaan yang diadakan saban tahun itu dapat menjadi tarikan bukan sahaja kepada masyarakat tempatan, tetapi juga pelancong dari luar, sekali gus menambah warna dalam kalendar acara tahunan bandar raya Kuching.

“Marilah kita jadikan Festival Kuih Bulan 2025 sebagai satu sambutan penuh kegembiraan, di mana semua orang boleh berkumpul dalam suasana harmoni. Inilah semangat Kuching sebagai bandar raya yang menghargai kepelbagaian budaya,” tegasnya.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Wanita warga emas hilang di Rengkang Lepong Empeliau, operasi SAR dilancar
Next: Penutupan jalan sempena sambutan Hari Lahir TYT Yang di-Pertua Negeri ke-79

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.