Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • MBKS lancar edisi sulung Kejohanan Pickleball Datuk Bandar
  • SUKAN

MBKS lancar edisi sulung Kejohanan Pickleball Datuk Bandar

Utusan Sarawak 5 hours ago
UCAPAN… Dato Wee Hong Seng berucap pada pelancaran edisi sulung Kejohanan Pickleball Datuk Bandar di Picklepro Kuching.

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) melakar sejarah baharu dalam sukan komuniti dengan pelancaran edisi sulung Kejohanan Pickleball Datuk Bandar yang berlangsung di Picklepro Kuching, semalam.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng, yang turut menyaksikan penyertaan daripada pelbagai lapisan umur, mencerminkan komitmen MBKS dalam memupuk gaya hidup sihat dan inklusif dalam kalangan penduduk bandaraya ini.

Dato Wee menjelaskan bahawa walaupun nama sukan ini mungkin mengelirukan sesetengah pihak, pickleball sebenarnya bukan berkaitan makanan, tetapi merupakan satu sukan yang semakin popular di seluruh dunia.

SIMBOLIK pelancaran pelancaran edisi sulung Kejohanan Pickleball Datuk Bandar di Picklepro Kuching.

“Pickleball ialah gabungan elemen badminton, tenis dan ping pong. Ia pantas, menyeronokkan, dan sesuai untuk semua peringkat umur, sama ada 15 atau 65 tahun,” katanya dalam sebuah kenyataan, semalam. 

Inisiatif ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG 3) iaitu Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik. 

Selain itu, MBKS kini meneroka pendekatan baharu bagi menggalakkan aktiviti fizikal, kesejahteraan mental serta interaksi komuniti, khasnya dalam kalangan golongan muda yang semakin banyak menghabiskan masa di hadapan skrin.

RAKAM KENANGAN… Dato Wee Hong Seng rakam kenangan bersama peserta edisi sulung Kejohanan Pickleball Datuk Bandar di Picklepro Kuching

“Kita mahu belia kita meninggalkan telefon, jauh dari pengaruh negatif, dan turun ke gelanggang melakukan sesuatu yang aktif dan menyeronokkan,” tambah Dato Wee.

Kejohanan ini turut menjadi sebahagian daripada visi jangka panjang MBKS dalam menjadikan Kuching sebagai sebuah Bandar Sihat, di mana aktiviti sukan dan rekreasi mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat. 

Dengan minat yang semakin meningkat terhadap pickleball di peringkat antarabangsa, MBKS berharap acara ini akan mencetuskan budaya sukan baharu di Kuching, sekali gus merangsang gaya hidup lebih aktif dan keterlibatan sosial dalam komuniti.

Dato Wee turut merakamkan penghargaan kepada pasukan penganjur, para sukarelawan, Persatuan Pickleball Kuching serta rakan-rakan korporat yang menjayakan kejohanan ini.

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Kejohanan Media SIM Racing 2025 dilancar, gabung media & e-sukan
Next: Kejohanan MSSS 15TKB 2025 meriah, Sarikei dinobat juara selepas aksi sengit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.