Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • MBKS ambil langkah proaktif tangani isu banjir kilat
  • TEMPATAN

MBKS ambil langkah proaktif tangani isu banjir kilat

Utusan Sarawak 4 months ago
KUNJUNGAN TBC… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meluangkan masa menghadiri Rumah Terbuka TBC Dato Wee Hong Seng. Foto UKAS

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) mengambil langkah proaktif dalam menangani isu banjir kilat di kawasan Kuching pada masa ini.

Datuk Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng berkata, pihaknya kini sentiasa bersiap siaga dengan kelengkapan dan tenaga kerja dalam menghadapi sebarang kemungkinan ekoran cuaca tidk menentu pada masa ini.

“Kita juga sudah memantau kawasan yang berisiko tinggi dilanda banjir kilat dn telah menasihati orang ramai untuk sentiasa berjaga-jaga.

“Semalam, saya telah membuat tinjauan bersama pasukan dan memaklumkan kepada ahli majlis untuk menyiapkan segala kelengkapan agar bantuan dapat diberikan segera sekiranya terjadi sebarang bencana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina (TBC) di kediamannya di sini, hari ini.

Rumah terbuka itu juga dihadiri oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Dalam pada itu, katanya MBKS turut bekerjasama rapat dengan pihak berkaitan bagi mencari penyelesaian untuk jangka masa panjang.

“Fenomena perubahan cuaca yang tidak menentu pada masa ini merupakan salah satu faktor utama kejadian banjir kilat yang melanda banyak bahagian di Sarawak.

“Keadaan di MBKS setakat ini keadaan masih terkawal namun, pemantauan masih dilakukan dengan kerap sebagai langkah berjaga-jaga,” tambahnya.

Wee pada masa sama turut memberitahu Kampung Tabuan Melayu merupakan antara kawasan yang berisiko tinggi dilanda banjir kilat kerana terletak di kawasan tanah rendah.

Justeru, Wee menasihati masyarakat untuk sentiasa berwaspada dan melaporkan sebarang kecemasan kepada pihak berkaitan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Oleh Rynna Sha’erra

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: 49 PPS dibuka, 6,718 mangsa terjejas akibat banjir
Next: Banjir terburuk landa Bintulu, kebajikan mangsa jadi keutamaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.