Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Mbappe raih Kasut Emas Eropah walaupun tanpa trofi bersama Real
  • SUKAN

Mbappe raih Kasut Emas Eropah walaupun tanpa trofi bersama Real

Utusan Sarawak 2 days ago

Mbappe menamatkan musim dengan 31 gol liga. Foto AFP

MADRID: Meskipun gagal membantu Real Madrid meraih sebarang kejuaraan musim ini, Kylian Mbappe tetap menamatkan musim pertamanya di Sepanyol dengan penuh bergaya apabila menyapu dua anugerah penjaring terbanyak, termasuk Kasut Emas Eropah.

Penyerang sensasi Perancis itu meledak dua gol dalam aksi terakhir La Liga pada untuk memintas pemain Sporting Lisbon, Viktor Gyokeres, di puncak carta penjaring Eropah yang hanya mengambil kira gol dalam saingan liga.

Mbappe, 25, menamatkan musim dengan 31 gol liga, sekali gus menjadi pemain ketiga dari Real Madrid yang memenangi anugerah Kasut Emas Eropah selepas Hugo Sanchez (1989-90) dan Cristiano Ronaldo yang memenanginya tiga kali bersama Los Blancos.

Kali terakhir pemain Perancis meraih Kasut Emas Eropah ialah Thierry Henry bersama Arsenal pada 2004 dan 2005.

Menariknya, ketika kemenangan itu diumumkan, Mbappe berada di Monaco untuk menyaksikan perlumbaan Grand Prix Formula Satu.

Mohamed Salah, yang memerlukan hatrik untuk memintas Mbappe dalam aksi terakhir bersama Liverpool, hanya mampu menyumbat satu gol dan menamatkan musim di tempat ketiga dengan 29 gol.

Penyerang Barcelona, Robert Lewandowski, pula meledak dua gol menentang Athletic Bilbao untuk menamatkan saingan dengan 27 gol, tempat keempat di Eropah dan kedua dalam carta Pichichi La Liga.

Lewandowski sebelum ini memenangi Kasut Emas Eropah dua kali bersama Bayern Munich dan pernah muncul penjaring terbanyak La Liga musim lalu.

Harry Kane, pemenang Kasut Emas Eropah 2023, menamatkan musim ini di tempat kelima dengan 26 gol Bundesliga, namun berbangga dengan kejuaraan liga pertamanya bersama Bayern Munich.

Pemain Atalanta, Mateo Retegui, muncul penjaring terbanyak Serie A dengan 25 gol, di tempat keenam.

Gyokeres sebenarnya meledak 39 gol, tetapi sistem pemarkahan Kasut Emas Eropah memberi kelebihan kepada pemain dari liga utama Eropah La Liga, Liga Perdana Inggeris, Bundesliga, Serie A dan Ligue 1 apabila setiap gol mereka dikira dua mata. – AFP

Continue Reading

Previous: Red Devils tiba di ibu negara hadapi ASEAN All-Stars
Next: Kereta rempuh penyokong Liverpool, sambutan bertukar tragedi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.