Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Mbappe ingatkan masih “jauh lagi perjalanan” buat Perancis selepas mara ke separuh akhir
  • SUKAN

Mbappe ingatkan masih “jauh lagi perjalanan” buat Perancis selepas mara ke separuh akhir

Utusan Sarawak 9 hours ago
KYLIAN Mbappe meraikan gol kelapannya pada Piala Dunia kali ini ketika membantu Perancis menewaskan Maghribi 2-0 dalam aksi suku akhir. Foto AFP

FOXBOROUGH (Amerika Syarikat): Kapten Perancis, Kylian Mbappe, menegaskan pasukannya tidak terlalu yakin dengan peluang untuk menjulang satu lagi trofi Piala Dunia meskipun berjaya mara ke separuh akhir selepas menewaskan Maghribi 2-0 dalam aksi suku akhir pada awal pagi tadi.

“Saya tidak tahu sama ada kita boleh kata kami sedang dalam satu misi. Itu istilah yang mudah digunakan. Tetapi kami sedar satu-satunya masa untuk berehat adalah apabila kami menang,” kata Mbappe kepada penyiar Perancis, M6, selepas perlawanan yang menyaksikan sepakan penaltinya diselamatkan pada separuh masa pertama sebelum beliau membuka jaringan buat Perancis.

“Kami berada di separuh akhir dan sudah tentu sangat gembira. Namun perjalanan masih jauh lagi dan kami sedar cabaran yang menanti akan menjadi lebih sukar, tetapi kami sudah bersedia.

“Kami bersedia menghadapi apa sahaja lawan yang datang. Jadi kami akan berehat dengan tenang dan menonton perlawanan esok untuk mengetahui siapa lawan seterusnya,” tambahnya.

Mbappe turut memainkan peranan dalam gol Ousmane Dembele yang mengesahkan kemenangan Perancis di Stadium Gillette, berhampiran Boston.

Beliau kemudian dikeluarkan selepas mengalami hentakan pada buku lali dan digantikan oleh Jean-Philippe Mateta.

“Saya baik-baik sahaja. Saya terkena hentakan pada buku lali tetapi semuanya okay. Pada ketika itu JP lebih bersedia daripada saya untuk bermain 15 minit terakhir, jadi saya keluar,” katanya.

Mbappe dijangka cergas sepenuhnya untuk aksi separuh akhir apabila Perancis menuju ke Dallas bagi menentang pemenang suku akhir antara Sepanyol dan Belgium

Perancis memenangi Piala Dunia pertama mereka pada 1998 dan kali kedua pada 2018 sebelum tewas menerusi penentuan penalti kepada Argentina dalam final 2022. – AFP

Continue Reading

Previous: Quansah digantung dua perlawanan susulan kad merah ketika menentang Mexico
Next: KHMHR 2026 tarik lebih 4,200 peserta termasuk pelari dari 20 negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.