Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Mbappe hentam PSG
  • SUKAN

Mbappe hentam PSG

Utusan Sarawak 2 years ago
Kylian Mbappe

Mbappe hentam PSG

PARIS: Pemergian Lionel Messi bukan ‘berita baik’ dan penyerang Argentina itu tidak mendapat penghormatan sepatutnya di Perancis.

Kylian Mbappe berkata, kekurangan yang ada di kelab ditambah pemergian Messi menguatkan keputusannya untuk tidak menyambung kontrak bersama Paris Saint-Germain (PSG) yang berakhir tahun depan.

Mbappe, 24, pada awal minggu ini memberi tamparan kepada PSG apabila mengumumkan, mahu menghabiskan kontrak­nya sehingga musim depan dan tidak akan memperbaharuinya sebaik sahaja ia berakhir.

Sebaik sahaja mendengar pengumuman itu, PSG yang terdesak untuk tidak kehilangan Mbappe secara percuma mahu segera mencari ‘pembeli’.

“Bagi pemain seperti saya, matlamat utama adalah untuk memenangi segala-galanya. Kami tahu di PSG ada kekura­ngan yang lambat laun perlu kami hadapi.

“Saya tidak pernah kata saya mahu dijual kepada Real Madrid atau mahu pergi, saya hanya tidak mahu mengaktifkan pilihan (menyambung kontrak) selepas ia tamat.

“Dengan PSG, kami tidak pernah berbincang tentang pembaharuan kontrak. Pemergian Messi? Berita buruk, dia kini perlu diganti,” katanya kepada AFP.

Mbappe tampak tidak ber­puas hati dengan cara kelab itu mengendalikan beberapa isu, terutama Messi, 35, yang memilih untuk menyertai Inter ­Miami di Amerika Syarikat (AS).

“Saya tidak faham mengapa ramai orang yang berasa lega apabila dia (Messi) pergi. Dia tidak mendapat penghormatan yang sepatutnya di Perancis,” katanya.

Biarpun mengesahkan dia gembira untuk kekal setahun lagi bersama PSG, namun situasi ketika ini amat jelas, sama ada penyerang Perancis itu perlu menyambung kontraknya atau dijual dalam masa terdekat. – AFP

Continue Reading

Previous: Wimbledon tawar hadiah kemenangan RM260.4 juta
Next: Tidak usah terburu-buru cari pengganti Choong Hann

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.