Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Mazzaellynn Brasenia dinobat Ratu Agrofest SAF 2025
  • TEMPATAN

Mazzaellynn Brasenia dinobat Ratu Agrofest SAF 2025

Utusan Sarawak 3 days ago
Mazzaellynn Brasenia, 25, dari Miri dinobatkan sebagai juara peraduan Ratu Agrofest pada Pesta Agro Sarawak (SAF) 2025 yang berlangsung di Tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu, baru-baru ini.


BINTULU:
Mazzaellynn Brasenia, 25, dari Miri dinobatkan sebagai juara peraduan Ratu Agrofest pada Pesta Agro Sarawak (SAF) 2025 yang berlangsung di Tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu, baru-baru ini.

Berbangsa Iban, Mazzaellynn bukan sahaja menawan dari segi penampilan, tetapi turut memiliki pencapaian akademik membanggakan.

Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Akuatik dan Pengurusan serta Sarjana Sains Alam Sekitar dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), dan kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sains Alam Sekitar di institut sama.

“Pertanian bukan hanya kerja di ladang, ia juga melibatkan penyelidikan, inovasi dan penyelesaian berasaskan ilmu untuk kesejahteraan manusia dan alam,” katanya kepada pemberita.

Mazzaellynn berkata penyertaannya dalam pertandingan itu adalah untuk menyampaikan mesej mengenai kepentingan sektor agro dan kelestarian, khususnya kepada golongan belia.

“Saya mahu menunjukkan bahawa bidang agro ini luas dan mulia kerana ia rapat dengan budaya, komuniti dan masa depan kita semua,” katanya.

Beliau merancang melaksanakan program pendidikan komuniti yang memberi tumpuan kepada pertanian lestari, keselamatan makanan dan penglibatan belia luar bandar melalui dialog, bengkel interaktif serta program sukarelawan.

Mazzaellynn turut menzahirkan penghargaan kepada Majlis Seni Sarawak atas penganjuran acara itu yang disifatkannya berjaya mengangkat martabat agro, budaya dan kreativiti tempatan.

“Jangan sesekali meremehkan potensi diri. Agro adalah bidang masa depan. Jadilah diri sendiri, dan gunakan setiap peluang untuk memberi impak positif kepada masyarakat,” pesannya kepada golongan muda.

Dengan latar akademik kukuh dan visi yang jelas, Mazzaellynn dilihat bukan sekadar Ratu Agrofest, malah ikon belia Sarawak yang berpotensi membawa perubahan dalam sektor agro, kelestarian dan pembangunan komuniti.

Oleh Tarani Lanting

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Lebih 8,000 sertai Perarakan Perpaduan sempena Hari Kebangsaan Peringkat Sarawak 2025
Next: Industri tayar perlu transformasi digital untuk kekal berdaya saing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.