Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Maybank IB: Cukai jualan barangan keperluan sifar peratus dijangka ‘neutral’ kepada sektor pengguna
  • SEMASA

Maybank IB: Cukai jualan barangan keperluan sifar peratus dijangka ‘neutral’ kepada sektor pengguna

Utusan Sarawak 3 days ago

KUALA LUMPUR:  Pelaksanaan semakan kadar cukai jualan ke atas barangan keperluan pada sifar peratus diunjurkan memberi impak ‘neutral’ kepada pengguna, sektor pembinaan asas dan perladangan, menurut Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).

Bank pelaburan itu dalam nota hari ini berkata kadar sifar peratus ke atas barangan keperluan serta pelbagai langkah bantuan bertujuan meminimumkan kesan ke atas perniagaan.

“Barangan keperluan termasuk barangan makanan utama, peranti perubatan dan bahan pendidikan adalah dikecualikan, dan pelbagai langkah bantuan telah diperkenalkan untuk mengurangkan impak ke atas perniagaan, dengan hasrat memastikan majoriti rakyat Malaysia tidak terjejas,” katanya.

Maybank IB berkata peluasan skop cukai perkhidmatan — yang kini merangkumi perkhidmatan sewaan atau pajakan, pembinaan, perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan swasta, pendidikan dan perkhidmatan kecantikan secara umumnya memberi impak ‘neutral’ berikutan terdapat beberapa pengecualian yang disenaraikan.

Menurutnya berdasarkan penilaian pihaknya, peluasan cukai perkhidmatan tidak memberi impak kepada sektor perladangan, minyak dan gas, petrokimia, teknologi (termasuk semikonduktor, perisian dan perkhidmatan pembuatan elektronik), automotif, utiliti, telekomunikasi, permainan, media dan sektor sarung tangan.

Walaupun cukai berkenaan tidak memberi kesan secara langsung kepada sektor pembinaan, bank pelaburan itu yakin impak sebenar akan dirasai oleh sektor hartanah.

Perkhidmatan pembinaan bagi infrastruktur, bangunan komersial dan perindustrian akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus sekiranya nilai boleh cukai melebihi RM1.5 juta setahun.

“Ini dijangka meningkatkan kos operasi pemaju hartanah. Walaupun pemaju hartanah boleh memindahkan kos sedemikian kepada pembeli, ia bergantung kepada kemampuan mereka untuk menaikkan harga produk, yang akhirnya bergantung kepada penerimaan dan permintaan pasaran,” katanya.

Maybank IB berkata semakan cukai jualan dan peluasan cukai perkhidmatan ini dijangka meningkatkan kadar inflasi pada kadar maksimum 0.25 peratus.

Dengan mengambil kira impak cukai ini, kos buruh (termasuk gaji minimum, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan levi pekerja asing), rasionalisasi subsidi petrol RON95 dan semakan tarif Tenaga Nasional Bhd, unjuran inflasi bagi 2025 dikekalkan pada kadar dua peratus.

“Kami yakin dengan mempertimbangkan pengecualian yang disediakan dan keupayaan untuk memindahkan kos kepada pengguna adalah penting untuk menguruskan kesan inflasi,” katanya.– Bernama

Continue Reading

Previous: Sarawak sasar pertumbuhan KDNK lebih 5.0 peratus hujung tahun ini
Next: Setiausaha Kerajaan Sarawak terima kunjungan hormat Pengarah LHDNM Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.