Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Maybank alami gangguan, perkhidmatan DuitNow terjejas
  • NASIONAL

Maybank alami gangguan, perkhidmatan DuitNow terjejas

Utusan Sarawak 4 hours ago
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) memaklumkan bahawa perkhidmatannya sedang mengalami gangguan yang menjejaskan DuitNow, termasuk pembayaran QR, pemindahan wang, pembayaran bil serta transaksi berkaitan.

Menerusi kenyataan di platform X hari ini, Maybank berkata beberapa transaksi berkemungkinan mengambil masa lebih lama atau tergendala untuk sementara waktu.

“Dalam tempoh itu, anda boleh terus menggunakan kemudahan GIRO Antara bank seperti biasa bagi tujuan penghantaran wang.

“Kami sedang mengambil langkah untuk memulihkan perkhidmatan yang terjejas dengan secepat mungkin,” katanya.

Maklumat lanjut atau bantuan boleh diperoleh menerusi mgcc@maybank.com atau menghubungi talian 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara). 

-BERNAMA

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Komuniti present 16 ubah ruang terbiar kepada sumber rezeki, perpaduan
Next: Penduduk bukan warganegara di Malaysia dianggarkan 3.38 juta pada 2025 – DOSM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.