Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Mayat Yoga Anggiska ditemui di Gunung Tabai
  • KEMALANGAN

Mayat Yoga Anggiska ditemui di Gunung Tabai

Utusan Sarawak 9 months ago
MAYAT mangsa seorang lelaki dipercayai Yoga Anggiska, 26, warganegara Indonesia yang dipercayai tertimbus di dalam lubang lombong emas haram di Gunung Tabai, dijumpai pada kedalaman 90 meter di gua gunung berkenaan kira-kira 4.00 petang tadi.

BAU: Mayat seorang lelaki dipercayai Yoga Anggiska, 26, warganegara Indonesia yang dipercayai tertimbus di dalam lubang lombong emas haram di Gunung Tabai, di sini berjaya dikeluarkan oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR), hari ini.

Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan Jawai Francis Kempas berkata, mangsa dijumpai pada kedalaman 90 meter di gua gunung berkenaan kira-kira 4.00 petang tadi.

“Keadaan mayat mangsa sudah mulai mereput,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, pada 12.25 tengah hari tadi, pasukan SAR terpaksa keluar dari lokasi kejadian dan menyambung semula operasi, 1.45 petang

Beliau berkata, pengecaman mayat juga agak sukar disebabkan keadaan fizikal yang sudah mereput.

Terdahulu, Jawai berkata operasi pencarian yang bermula 11.35 pagi berjaya mengeluarkan sebahagian jasad mangsa dari dalam lubang berkenaan.

Katanya, operasi itu membabitkan 10 orang iaitu empat pegawai bomba, empat warganegara Indonesia iaitu saudara mangsa dan dua penduduk tempatan.

“Usaha membawa keluar jasad mangsa mengambil masa lama disebabkan laluan untuk memasuki lubang berkenaan sempit dan sukar.

“Malah, semasa pasukan memasuki kawasan itu juga mendapati ia ditakungi air,” katanya.

Justeru, Jawai berkata, mayat mangsa akan dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Bau untuk melakukan proses pengecaman.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Tags: Kemalangan & Kebakaran

Continue Reading

Previous: Roland Sagah santuni keluarga mangsa perahu karam
Next: Keriangan tiga sahabat bertukar tragedi, seorang hilang dikhuatiri lemas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.