Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Mayat warga emas hilang ditemui dalam keadaan reput di Batu Niah
  • KEMALANGAN

Mayat warga emas hilang ditemui dalam keadaan reput di Batu Niah

Utusan Sarawak 5 days ago

DITEMUI… Warga emas yang dilaporkan hilang ditemui dalam keadaan mereput. Foto BBP Batu Niah

MIRI: Misteri kehilangan seorang warga emas sejak lebih seminggu lalu akhirnya terungkai apabila mayatnya ditemui dalam keadaan mereput di kawasan Sebubok, Batu Niah di sini, malam tadi.

Mangsa, Chong Nyuk Fan, 77, dilaporkan keluar dari rumahnya di Senadin pada 14 September lalu dengan memandu sebuah Toyota Hilux Vigo berwarna putih.

Kenderaan dipandunya kemudian ditemui ditinggalkan di tepi jalan berhampiran simpang Ngu Niah pada 17 September, namun mangsa masih gagal dikesan meskipun usaha mencari giat dijalankan oleh ahli keluarganya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan daripada polis pada 9.18 malam sebelum menggerakkan enam anggota bersama dua jentera ke lokasi kira-kira 28 kilometer dari balai.

“Pasukan melakukan pencarian darat dalam radius 50 meter dari tempat kenderaan ditemui.

Dalam masa kira-kira 20 minit, mangsa dijumpai di kawasan rumput tinggi di bahu jalan dalam keadaan sudah reput.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Operasi pencarian tamat pada 12.20 tengah malam.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki maut dipercayai lemas di Air Terjun Giam
Next: Warga emas maut dalam kemalangan langgar lari di Jalan Repok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.