Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Mayat wanita ditemui di jeti Kampung Hulu Laut Kabong
  • KEMALANGAN

Mayat wanita ditemui di jeti Kampung Hulu Laut Kabong

Utusan Sarawak 19 hours ago
MAYAT mangsa ditemui oleh penduduk di bawah laluan pejalan kaki lorong Kampung Hulu Laut, Kabong, pagi tadi. Foto IPD Saratok

KABONG: Suasana di Kampung Hulu Laut, Kabong gempar apabila penduduk menemui mayat seorang wanita di bawah laluan pejalan kaki lorong kampung tersebut, pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Iza Akma Mostapha, 39, dari Kampung Hilir, Kabong, ditemui tidak bernyawa sekitar 11.10 pagi oleh seorang penduduk, yang kemudian segera memaklumkan kepada pihak polis di Balai Polis Kabong.

Menurut Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata siasatan awal oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok mendapati tiada unsur jenayah di lokasi kejadian, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

MAYAT mangsa ditemui oleh penduduk di bawah laluan pejalan kaki lorong Kampung Hulu Laut, Kabong, pagi tadi. Foto IPD Saratok

“Siasatan mendapati mangsa keluar dari rumah pada malam sebelumnya sekitar 7.00 malam, semalam. 

“Menurut keluarganya, mangsa menghidap penyakit sawan dan sering keluar berseorangan,” jelas beliau ketika dihubungi Utusan Sarawak, hari ini.

Tambah Mathew, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Saratok untuk proses pengecaman oleh waris dan siasatan lanjut.

Oleh Adi Safarman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Kemalangan berantai empat kenderaan di hadapan Balai Polis Lanang
Next: Road accident claims life of 61-year-old woman near Kampung Sepadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.