Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Mayat wanita dalam beg: Lelaki miliki enam rekod jenayah ditahan
  • JENAYAH

Mayat wanita dalam beg: Lelaki miliki enam rekod jenayah ditahan

Utusan Sarawak 5 hours ago
KETUA Polis Negeri Sembilan SAC Muhammad Idzam Jaafar

SEREMBAN: Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes penemuan mayat wanita dalam beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Pedas, di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Muhammad Idzam Jaafar berkata lelaki berusia 41 tahun itu ditahan kira-kira 2.30 petang di Melaka, sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau.

“Lelaki itu kini direman seminggu hingga Khamis ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, lelaki terbabit berkemungkinan mengenali mangsa dan setakat ini polis belum mempunyai maklumat sama ada dia terlibat secara langsung atau tidak dalam kes itu.

Lelaki itu juga, katanya memiliki enam rekod jenayah lampau termasuk dadah dan polis percaya terdapat beberapa individu lain yang turut terlibat dalam kes berkenaan.

Muhammad Idzam berkata proses bedah siasat sedang dijalankan di Hospital Rembau.

Semalam, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad dilaporkan berkata mayat ditemukan dalam beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Pedas, di sini dipercayai wanita yang dilaporkan hilang di Ampang, Selangor, sejak 8 Disember lepas.

Beliau berkata laporan berhubung kehilangan wanita itu diterima Balai Polis Ampang, Ampang Jaya, pada Isnin lepas sebelum polis menjalankan pemeriksaan di sebuah rumah di Jalan Pedas-Linggi yang dikesan terdapat perlakuan jenayah. – Bernama

Continue Reading

Previous: Lelaki ditahan kes khianat kabel di kawasan BDC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.