Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Mayat tiga mangsa bot terbalik dibawa pulang ke Sungai Petani, Butterworth untuk disemadikan
  • SEMASA

Mayat tiga mangsa bot terbalik dibawa pulang ke Sungai Petani, Butterworth untuk disemadikan

Utusan Sarawak 11 hours ago
WARIS dan kenalan mangsa berkumpul di pekarangan unit forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) hari ini ekoran kejadian bot terbalik di Pulau Perhentian, di sini malam tadi. Tiga termasuk dua kanak-kanak perempuan berusia 10 dan tiga tahun maut dalam kejadian itu. -Foto Bernama

KUALA TERENGGANU: Mayat tiga mangsa yang lemas dalam tragedi bot terbalik di perairan Pulau Perhentian, Besut malam tadi akan dibawa pulang ke Buttterworth dan Sungai Petani untuk disemadikan.

Pegawai Khas (Hal Ehwal Bukan Islam) kepada Menteri Besar Terengganu Dr K.Balachandran berkata proses bedah siasat dan pengurusan mayat S.Arumugam, 40, dan anaknya A.Sarrvihka, 3, serta seorang lagi saudara perempuan, V.Vennpani, 10, telah selesai sekitar 4.30 petang tadi.

Beliau berkata menurut maklumat, kesemua 15 penumpang dalam bot berkenaan mempunyai pertalian keluarga dan sering bercuti ke pulau di Terengganu.

“Mayat dua beranak akan dibawa pulang ke Butterworth manakala seorang lagi ke Sungai Petani. Menurut salah seorang ahli keluarga, 15 mangsa yang terdiri daripada empat keluarga datang bercuti Jumaat lalu dan sepatutnya pulang ke Sungai Petani dan Butterworth hari ini.

“Saya difahamkan pada malam kejadian, mereka dalam perjalanan pulang dari Pulau Perhentian Kecil ke Perhentian Besar selepas selesai makan malam. Namun ombak besar tiba-tiba datang menyebabkan bot terbalik dan tiga terkorban,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, hari ini.

Balakrishnan berkata mangsa yang terselamat dan waris keluarga mangsa yang terkorban masih dalam keadaan trauma dan sedih.

“Mereka masih terkejut dengan kejadian semalam dan belum bersedia untuk bercakap dengan mana-mana pihak termasuk media. Pihak keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu memudahkan urusan semua mangsa,” katanya.

Dalam kejadian 10.30 malam tadi, bot yang membawa 15 penumpang berusia antara tiga hingga 40 tahun karam selepas dipukul ombak besar dalam perjalanan dari Pulau Perhentian Kecil ke Perhentian Besar di Besut.

Dalam kejadian itu tiga mangsa maut manakala seorang dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU HSNZ).

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Agong berkenan terima menghadap Ketua Polis Negara baharu
Next: Alta Moda Musical Soirée 2 rai gabungan seni muzik dan fesyen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.