Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Mayat reput ditemui dalam Tesla milik rapper AS di Hollywood
  • GLOBAL

Mayat reput ditemui dalam Tesla milik rapper AS di Hollywood

Utusan Sarawak 1 day ago
D4VD mencipta nama di internet menerusi lagu hit TikTok yang melonjakkan popularitinya, Romantic Homicide. Foto AFP

LOS ANGELES: Mayat dalam keadaan reput ditemui di dalam but sebuah kereta Tesla yang telah ditunda dan didaftarkan atas nama bintang rap muda Amerika Syarikat, D4vd, menurut polis dan laporan media pada Selasa.

Penduduk berhampiran sebuah bengkel tunda di Hollywood menghubungi polis selepas terhidu bau busuk dari kawasan tersebut pada Isnin.

Setibanya di lokasi, pihak berkuasa menemui mayat yang dibungkus dengan plastik dalam ruang bagasi hadapan iaitu lokasi but bagi kenderaan elektrik seperti Tesla.

“Kami dimaklumkan pagi ini, dan kereta tersebut sudah berada di sini selama beberapa hari,” kata Robert Peters daripada Jabatan Polis Los Angeles kepada wartawan.

KELIHATAN sebuah kereta didaftarkan di Texas atas nama D4vd ditunda.

Menurut saluran berita ABC7, kenderaan itu didaftarkan di Texas atas nama David Anthony Burke, atau lebih dikenali dengan nama pentasnya, D4vd.

Rapper berusia 20 tahun itu dijadualkan membuat persembahan di Minneapolis pada Selasa, sebagai sebahagian daripada siri jelajah dunia.

D4vd mula mencipta nama pada 2022 selepas lagunya Romantic Homicide menjadi tular di platform TikTok. Sejak beberapa hari lalu, beliau masih aktif mempromosikan album terbaharunya di media sosial, namun tidak memberikan sebarang komen mengenai penemuan mengejutkan tersebut.

Bengkel tunda tempat mayat ditemui itu terletak hanya beberapa meter dari Tesla Diner, restoran milik Elon Musk yang dibuka secara rasmi di Hollywood pada Julai lalu. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Kopi dan gua, cara ‘Healing’ rakyat China
Next: Japan Airlines terima amaran kedua akibat juruterbang mabuk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.