Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Mayat mangsa pacuan empat roda terjunam sungai berjaya ditemui
  • KEMALANGAN

Mayat mangsa pacuan empat roda terjunam sungai berjaya ditemui

Utusan Sarawak 19 hours ago
ANGGOTA penyelamat membawa mayat mangsa yang ditemukan dalam kenderaan pacuan empat roda yang terjunam ke dalam Sungai Sarawak berhampiran Jambatan Tun Salahudin, Kuching. Foto JPBM Sarawak

KUCHING: Mayat seorang individu ditemui dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) susulan kejadian sebuah kenderaan pacuan empat roda (4×4) terjunam ke dalam Sungai Sarawak dari Jambatan Tun Salahudin malam tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) memulakan operasi selaman sekitar 8.45 pagi hari ini dan berjaya menemui mangsa tidak lama selepas itu.

Bot dari Polis Marin Wilayah 5 serta pasukan River Patrol turut berada di lokasi pada 9.15 pagi bagi membantu operasi.

Penemuan mayat mengesahkan terdapat sekurang-kurangnya seorang mangsa dalam insiden tersebut, namun identiti masih belum didedahkan pihak berkuasa.

Kenderaan dipercayai terjunam ke sungai selepas dibiarkan statik di tepi jambatan sebelum tiba-tiba bergerak dan terjatuh malam tadi.

Usaha mengangkat kenderaan dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Oleh Amanda L

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Pacuan empat roda terjunam ke sungai
Next: Nahas FRU: Seorang lagi dibenar keluar hospital, tujuh masih dirawat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.