Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Mayat mangsa bot karam di Tanjung Sirik, Pulau Bruit sudah ditemukan
  • KEMALANGAN

Mayat mangsa bot karam di Tanjung Sirik, Pulau Bruit sudah ditemukan

Utusan Sarawak 8 hours ago
MAYAT mangsa yang dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki karam di perairan Tanjung Sirik, Pulau Bruit telah ditemukan, pagi tadi. Foto BBP Daro

DARO: Mayat mangsa yang dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki karam di perairan Tanjung Sirik, Pulau Bruit, di sini telah ditemukan, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Daro, DSP Rahim Mihos ketika dihubungi Utusan Sarawak sebentar tadi mengesahkan penemuan mayat tersebut.

“Ya sudah dijumpai, kita baru hendak membuat pengecaman mayat. Tunggu pengesahan pengecaman,” jelasnya.

Operasi SAR hari ketiga, dengan pencarian mangsa lemas sejauh dua batu nautika dari pesisir pantai dan radius dua kilometer dari mangsa terjatuh.

Unit Dron Angakatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) meneruskan pencarian di kawasan pesisir.

Terdahulu semasa kejadian 7.00 pagi, Khamis 11 Disember lalu, mangsa Aldin Rakli berumur 59 tahun bersama adik iparnya bertolak dari Kampung Betanak mengunakan bot yang baru dibeli menuju ke Kuala Matu. 

MAYAT mangsa yang dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki karam di perairan Tanjung Sirik, Pulau Bruit telah ditemukan, pagi tadi. Foto BBP Daro

Dalam perjalanan tersebut, bot mangsa telah dipukul ombak besar berhampiran Tanjung Sirik. Akibat dari pukulan ombak tersebut, mangsa dan adik ipar telah tercampak ke dalam laut.

Mangsa dan adik iparnya telah berusaha berenang menuju ke pantai dalam lingkungan jarak 0.54 batu nautika dari lokasi mereka jatuh ke dalam air.

Semasa kejadian, laut bergelora dan cuaca cerah. 

Dalam usaha berenang untuk menyelamatkan diri, mangsa kepenatan dan mengarahkan adik ipar beliau meneruskan renangan ke tepi pantai. 

Adik ipar mangsa berkali-kali menarik tangan mangsa untuk bersama-sama berenang menghampiri tepi pantai. 

Hanya adik iparnya berjaya sampai ke tepi pantai dan seterusnya diselamatkan oleh nelayan yang secara kebetulan berada di lokasi beliau berenang menuju ke pantai.

Beliau seterusnya memaklumkan kepada keluarga di kampung akan kejadian yang berlaku.

Oleh Akun Giman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: 14 maut dipanah petir di Malawi dalam tempoh dua minggu
Next: Kemas kini: Mangsa ditemui 8km dari tempat kejadian di perairan Tekajong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.