Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Mayat lelaki tempatan dijumpai di tanah perkuburan Jalan Kelupu
  • WILAYAH

Mayat lelaki tempatan dijumpai di tanah perkuburan Jalan Kelupu

Utusan Sarawak 2 years ago

PENEMUAN MAYAT… Mayat lelaki ditemui di Tanah Perkuburan Cina, pagi tadi.

BINTANGOR: Mayat lelaki ditemui di Tanah Perkuburan Cina, Jalan Kelupu, pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Sekam Anoi berkata, pihaknya menerima maklumat awal berkaitan penemuan mayat tersebut sekitar 10.00 pagi. 

“Hasil siasatan pihak polis di tempat kejadian mendapati mayat tersebut adalah seorang lelaki berbangsa Cina berasal dari Sibu berdasarkan penemuan kad kesihatan dan kad pengenalan diri yang dijumpai  di dalam beg sandang yang dipakai oleh si mati. 

“Siasatan awal yang dibuat juga dipercayai si mati baru meninggal dunia dalam tempoh 3 ke 4 jam ketika ditemui,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan, sebentar tadi. 

Katanya, mayat telah dibawa ke Hospital Sarikei untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian. 

“Ahli keluarga si mati juga telah dihubungi untuk tujuan pengesahan. 

“Pihak polis  menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan dengan penemuan mayat ini memandangkan kes masih dalam siasatan. 

“Buat masa ini, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” ujarnya. 

Oleh EARL ANEK

Continue Reading

Previous: Pencarian hari keempat Juong Emok dibantu Unit K9
Next: Tragedi bot terbalik: Pencarian Wong Pak Wei belum ada petunjuk     

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.