Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Mayat lelaki OKU ditemukan terapung di Sungai Limbang
  • KEMALANGAN

Mayat lelaki OKU ditemukan terapung di Sungai Limbang

Utusan Sarawak 4 hours ago
PENGESAHAN MAYAT… (paling kiri) Inspektor Nizan kelihatan menunjukkan mayat lelaki OKU yang ditemui dan disahkan keluarga sebagai mangsa yang hilang.

LIMBANG: Kehilangan seorang lelaki kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak Ahad lalu berakhir dengan penemuan mayatnya pagi tadi di Sungai Limbang berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Lama.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot, mengesahkan mangsa dikenali sebagai Ganda Sandin, 56, dari Kampung Lubok Pasu, Limbang, ditemui terapung oleh penduduk kampung pada 9.45 pagi.

“Mayat yang ditemui dipercayai individu yang dilaporkan hilang sebelum ini. Lokasi penemuan mayat terletak kira-kira 12 kilometer dari tempat mangsa dilaporkan hilang. Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Batu Danau yang hadir di lokasi telah mengesahkan kematian mangsa,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah setinggan berhampiran Klinik Kesihatan Mendamit pada Ahad lalu.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilancarkan Isnin melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta penduduk kampung.

Penemuan mayat berkenaan menamatkan operasi SAR pada 11.20 pagi.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Sebangan-Sebuyau
Next: Kemalangan kendiri di Serian, seorang lelaki cedera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.