Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Mayat lelaki ditemui terapung selepas tiga hari hilang
  • KEMALANGAN

Mayat lelaki ditemui terapung selepas tiga hari hilang

Utusan Sarawak 2 days ago
MAYAT MANGSA….Diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Foto JBPM Sarawak

SELANGAU: Lelaki dikhuatiri lemas selepas keluar memancing di Sungai Lemai Basai, Balingian pada Isnin lalu, ditemukan terapung petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, mayat mangsa dikenali sebagai Lembat Antas, berusia 47 tahun dijumpai terapung di sungai pada jarak 1 kilometer (km) dari lokasi perahu milik mangsa.

MAYAT MANGSA….Diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Foto JBPM Sarawak

“Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada 3.35 petang,” katanya menerusi kenyataan, sebentar tadi.

Terdahulu dalam kejadian berlaku sekitar 9.00 pagi Isnin lalu, mangsa keluar dari rumah dan memberitahu keluarganya untuk pergi memancing ikan di Sungai Lemai Basai Baligian. 

Mangsa dilaporkan hilang tidak balik ke rumah sehingga laporan polis dibuat.

Oleh Akun Giman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Remaja perempuan hilang ditemui lemas di Sungai Katibas
Next: Empat bilik terjejas akibat runtuhan tanah di Rumah Panjang Jelukong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.