Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Mayat lelaki ditemui terapung di Sungai Batang Tatau
  • JENAYAH

Mayat lelaki ditemui terapung di Sungai Batang Tatau

Utusan Sarawak 7 hours ago
ANGGOTA bomba mengusung mayat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Foto BBP Tatau

TATAU: Mayat seorang lelaki dewasa ditemui terapung dan tersangkut pada ranting di tebing Sungai Batang Tatau di sini, pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Bintulu, Wan Kamaruddin Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada polis Tatau pada 10.03 pagi untuk mendapatkan bantuan mengangkat mayat yang dilaporkan orang awam.

“Sebaik tiba di bawah Jambatan Tatau, anggota bomba bersama polis menurunkan sebuah bot aluminium milik polis.

“Mereka kemudian bergerak kira-kira empat kilometer menyusuri sungai ke lokasi kejadian sebelum menemui mayat seorang lelaki dewasa tersangkut pada ranting di tebing sungai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mayat seterusnya dibawa naik ke bot dan dihantar ke Jeti Pasar Lama Tatau sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Identiti mangsa masih dalam siasatan pihak berkuasa dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 12.05 tengah hari.

Oleh Carolyne Utih

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Online investment scam leaves retiree in Sibu nearly RM800,000 poorer

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.