Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Mayat ketujuh tragedi bot terbalik ditemukan
  • NASIONAL

Mayat ketujuh tragedi bot terbalik ditemukan

Utusan Sarawak 5 years ago

BACHOK, 5 Julai -- Mayat tragedi bot karam ketujuh yang dikenali sebagai Wadi Bakar, 44 , ditemui berhampiran Pulau Perhentian pukul 10.30 pagi ini. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Kapten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, mayat dijumpai terapung-apung di permukaan laut oleh nelayan kira-kira 32.7 batu nautika Utara Pulau Perhentian. -- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

PILU… Mayat tragedi bot karam ketujuh yang dikenali sebagai Wadi Bakar, 44 , ditemui berhampiran Pulau Perhentian pukul 10.30 pagi semalam. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Kapten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, mayat dijumpai terapung-apung di permukaan laut oleh nelayan kira-kira 32.7 batu nautika Utara Pulau Perhentian. • Foto BERNAMA

 BACHOK: Mayat ketujuh tragedi bot karam pada Isnin lepas, ditemukan nelayan kira-kira 32.7 batu nautika utara Pulau Perhentian, Terengganu semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata mayat dipercayai Che Wadi Bakar, 44, ditemukan oleh nelayan sebelum dilaporkan kepada pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang telah melakukan operasi sejak Isnin lepas.

“Mayat dibawa balik ke pusat operasi SAR Jeti Projek Pemasaran Ikan di Kuala Kemasin di sini, pada 12.22 tengah hari semalam,” katanya ketika ditemui di pusat operasi SAR di sini, semalam.

Muhd Nur Syam, yang juga komander operasi berkata jenazah akan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu untuk bedah siasat dan menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) berikutan ahli keluarga mangsa tidak dapat mengecam mayat berkenaan.

“Keluarga hanya dapat mengecam pakaian yang dipakai mangsa iaitu baju biru dan berseluar pendek namun tidak dapat mengecam mayat dengan tepat berikutan keadaan fizikalnya yang telah berubah.

“Pasukan SAR akan meneruskan operasi bagi mengesan mangsa terakhir yang belum ditemukan,” katanya.

Dalam tragedi bot terbalik berhampiran perairan Kuala Kemasin pada Isnin lalu, enam mangsa yang meninggal dunia telah ditemukan iaitu Mohd Syahrizan Daud, 40-an, Muhamad Zaki Muhamad Nordin, 19, Wan Aminudin Wan Hussin, 60-an, seorang warga Thailand yang hanya dikenali sebagai Pokta, 50-an, Ahmad Syafiq Che Alim, 30 dan Harun Daud, 57.

Sementara itu, 12 daripada 20 mangsa pula selamat dalam kejadian tersebut, dengan kesemua mangsa berusia antara 18 hingga 60 tahun. — Bernama

Continue Reading

Previous: Calon BN mengundi di Felda Chini 3
Next: Tindakan dibuat atas keperluan keselamatan, kesihatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.