Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Mayat ditemukan di lokasi pelakon Julian Sands dilaporkan hilang
  • GLOBAL

Mayat ditemukan di lokasi pelakon Julian Sands dilaporkan hilang

Utusan Sarawak 2 years ago
Gambar fail menunjukkan pelakon Julian Sands menghadiri Majlis Resepsi Filem British HEBAT di Kediaman Konsul Jeneral British pada 22 Februari 2013 di Los Angeles, California. Pertunjukan Anugerah Akademi ke-85 akan berlangsung di Hollywood California 24 Februari. Pejalan kaki menemui mayat manusia di kawasan Gunung San Antonio di California, kata pihak berkuasa tempatan pada 24 Jun 2023 di sekitar kawasan yang sama di mana pelakon Britain Julian Sands hilang lima bulan lalu. Foto AFP

LONDON: Satu mayat ditemukan di kawasan pergunungan San Gabriel Amerika Syarikat, lokasi pelakon Britain Julian Sands dilaporkan hilang kira-kira lima bulan yang lalu, lapor Agensi Berita (dpa) Jerman.

Jabatan Syerif Daerah San Bernardino berkata pendaki telah menghubungi pihak berkuasa pada Sabtu pagi, berhubung penemuan mayat di kawasan Mount Baldy itu.

Mayat telah dibawa ke Pejabat Koroner, sementara menunggu proses pengecaman, menurut jabatan itu.

Proses pengecaman dijangka diselesaikan minggu depan dan selepas itu jabatan akan mengeluarkan kenyataan.

Sands, 65, tidak pulang selepas melakukan aktiviti pendakian pada 13 Jan lalu, di kawasan Gunung Baldy di pergunungan yang terletak di selatan California .

Pelakon itu terkenal dengan wataknya dalam filem A Room With A View, Leaving Las Vegas dan Warlock serta penampilannya dalam siri televisyen 24, Smallville dan Banshee.

Penemuan mayat itu sejurus selepas keluarganya mengeluarkan kenyataan  dan berterima kasih kepada pasukan mencari dan menyelamat.

Menurut Jabatan Syerif walaupun mayat Sands tidak ditemukan semasa misi mencari dan menyelamat pencarian pada 17 Jun, kes itu masin dibuka. 

Pencarian berdepan kekangan akibat cuaca buruk di kawasan itu dan dihentikan pada Mac kerana risiko runtuhan salji.

Lapan misi mencari melalui darat dan udara telah dilakukan termasuk usaha mencari oleh sukarelawan selama lebih 500 jam.

Jurucakap jabatan syerif sebelum ini berkata matlamatnya adalah “untuk memberikan penyelesaian” kepada keluarga Sands. – Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Lelaki ajak wanita keluar ‘dating’ selepas rompak kediamannya
Next: ‘Formula Sarawak’ dikongsi pada pertemuan RISEAP di New Zealand

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.