Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Mayat ditemui bukan mangsa dicari, SAR Lutong disambung esok
  • KEMALANGAN

Mayat ditemui bukan mangsa dicari, SAR Lutong disambung esok

Utusan Sarawak 5 hours ago
BUKAN YANG DICARI… Satu jasad yang ditemui oleh pasukan Pengawal Pantai Sarawak di jeti Sealink Shipping, di mana hasil pengecaman oleh keluarga mangsa mengesahkan bahawa jasad tersebut bukan individu yang sedang dicari. Foto BBP Lutong

MIRI: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang dipercayai terjatuh ke dalam sungai dari Jambatan Lutong diteruskan memasuki hari kedua hari ini, melibatkan pelbagai agensi penyelamat di sekitar kawasan Lutong.

Pada 9.30 pagi, Pengawal Pantai Sarawak (Sarawak Coastguard) menemui satu jasad di jeti Sealink Shipping, di mana hasil pengecaman oleh keluarga mangsa mengesahkan bahawa jasad tersebut bukan individu yang sedang dicari.

Menurut kenyataan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong hari ini, operasi bermula seawal 7.00 pagi itu menyaksikan penubuhan Pusat Kawalan Bomba (PKB) di Kampung Lutong sebelum taklimat bersama diadakan melibatkan semua agensi terlibat.

“Operasi pada sebelah pagi memfokuskan pencarian dalam radius dua kilometer ke hilir sungai dari lokasi PKB.

“Pada 9.30 pagi, Pengawal Pantai Sarawak menemui satu jasad di jeti Sealink Shipping. Namun, hasil pengecaman oleh keluarga mangsa mengesahkan bahawa jasad tersebut bukan individu yang sedang dicari.

“Operasi diteruskan sehingga 10.35 pagi sebelum dihentikan sementara akibat hujan lebat yang menjejaskan keadaan sungai dan jarak penglihatan,” katanya.

Tambahnya, pencarian disambung semula pada 1.00 petang dengan radius dua kilometer ke hilir sungai.

“Ketibaan Pegawai Kanan Bomba pada 2.15 petang menyaksikan pertukaran kru bot sebelum operasi diperluaskan kepada tiga kilometer ke hilir dan satu kilometer ke hulu sungai.

“Beberapa pertukaran kru dilakukan sepanjang petang bagi memastikan kelancaran operasi. Semua kru bot SAR kembali ke PKB pada 5.00 petang sebelum operasi rasmi ditangguhkan pada 5.50 petang dan akan disambung semula esok 7.00 pagi,” ujarnya.

Operasi melibatkan seramai 26 anggota daripada pelbagai agensi iaitu BBP Lutong, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia (LSS) serta Pengawal Pantai Sarawak, dengan kekuatan logistik termasuk beberapa kenderaan pacuan empat roda dan bot penyelamat.

Setakat ini, mangsa masih belum ditemui dan operasi akan diteruskan sehingga perkembangan baharu diperoleh.

Oleh Adum Liu

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Kren tumbang timpa dua rumah di Stutong Baru, tiada kecederaan dilaporkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.