Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Mayat dipercayai dibunuh ditemui
  • TEMPATAN

Mayat dipercayai dibunuh ditemui

Utusan Sarawak 5 years ago
TRAGIS… Mayat seorang wanita ditemui di tepi jalan di Jalan Aman, awal pagi semalam.

SIBU: Mayat seorang wanita dipercayai dibunuh ditemui di tepi jalan di Jalan Aman, awal pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit, mayat terbabit ditemui oleh orang awam yang melalui jalan berkenaan sekitar jam 6.30 pagi yang kemudian melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

Katanya, mayat mangsa ditemui terbaring di atas rumput dalam keadaan lengkap berpakaian dan kedua-dua kaki mangsa berada di dalam bagasi berwarna hitam.

“Hasil pemeriksaan terhadap mangsa mendapati terdapat kesan lebam di bahagian leher dan muka mangsa.

“Tiada sebarang dokumen pengenalan diri mahupun barang peribadi ditemui pada badan mangsa,” jelasnya ketika ditemui pemberita, semalam.

Bagaimanapun, jelas Stanley, hasil pemeriksaan di dalam beg bagasi di bahagian kaki mangsa mendapati terdapat satu dokumen yang menyatakan nama dan nombor kad pengenalan mangsa dipercayai surat yang ditulis kepada seseorang dipercayai anaknya.

“Hasil pemeriksaan lanjut menjurus kepada maklumat penemuan identiti mangsa yang dikenali sebagai Heng Meow Lin dan berusia 37 tahun.

“Siasatan awal dan tindakan pantas anggota kita menjurus kepada maklumat dengan tertangkapnya dua suspek pada petang ini (semalam).

“Kedua-dua suspek yang terdiri dari seorang wanita dan seorang lelaki dipercayai kenalan kepada mangsa.

“Kedua-dua suspek ditahan di sebuah kediaman di Jalan Tong Sang di sini sekitar 4.00 petang.

“Bagaimanapun, punca sebenar dan motif kejadian masih dalam siasatan dan mayat telah dihantar ke Hospital Sibu untuk dibedah siasat,” ujarnya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Oleh Nurzilla Mohamad

Continue Reading

Previous: Penduduk Kampung Pemindahan terima fasiliti baharu
Next: TYT terima dua kunjungan hormat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.