Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Mawilla 4 berpotensi sebagai pangkalan operasi, transit kapal selam
  • TEMPATAN

Mawilla 4 berpotensi sebagai pangkalan operasi, transit kapal selam

Utusan Sarawak 2 months ago
TINJAU… Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar bersama Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain meninjau kawasan ketika hadir dalam Lawatan Kerja Rasmi ke tapak Projek Mawilla 4. Turut hadir, Datuk Amar Tan Sri Abdul Aziz Husain dan Datuk Hadzlan Abang Hipni bertempat di Kampung Goebilt, Kuching.
Foto Herriey Naha

KUCHING: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melihat Markas Wilayah Laut 4 (Mawilla 4) yang bakal dibina di Muara Tebas bukan sekadar pangkalan operasi tetapi juga berpotensi menjadi pangkalan transit bagi kapal selam.

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain, dalam lawatan kerja ke tapak cadangan menyatakan bahawa lokasi tersebut mempunyai kelebihan strategik terutama dari segi kedalaman air yang secara semula jadi mencecah 14 meter.

JAWAB SOALAN… Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain menjawab soalan daripada pengamal media ketika hadir dalam Lawatan Kerja Rasmi ke tapak Projek Mawilla 4 bertempat di Kampung Goebilt Kuching. Foto Herriey Naha

“Ini menjadikannya sesuai untuk kapal sepanjang 100 hingga 120 meter termasuk kapal selam tanpa memerlukan kerja pengerukan besar.

“Kita nampak ada potensi untuk kapal selam menggunakan lokasi ini sebagai transit bagi ulang bekal dan penyelenggaraan ringan.

“Ia juga mungkin boleh berfungsi sebagai pangkalan operasi hadapan bagi aset bawah permukaan TLDM,” katanya ketika berucap selepas melaksanakan Lawatan Kerja Rasmi ke Tapak Projek Mawilla 4 di Kampung Goebilt, pagi tadi.

PENERANGAN… Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar, Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain bersama Datuk Amar Tan Sri Abdul Aziz Husain dan Datuk Hadzlan Abang Hipni mendengar penerangan daripada Clihton Dale Juis. Foto Herriey Naha

Tambah beliau, walaupun potensi itu wujud, TLDM masih dalam peringkat kajian bagi menilai sepenuhnya kesesuaian pangkalan di Muara Tebas untuk kapal selam.

Beliau menjelaskan bahawa pembinaan Mawilla 4 di Kampung Goebilt yang terletak dalam kawasan Muara Tebas dijangka mengambil masa 36 bulan selepas mendapat kelulusan daripada kementerian berkaitan.

RAKAM KENANGAN… Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar, Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain bersama tetamu kehormat lain bergambar kenangan selepas Lawatan Kerja Rasmi ke tapak Projek Mawilla 4. Foto Herriey Naha

“Projek ini kini dalam proses perancangan dan perlu diselaraskan dengan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia.

“Sekiranya segala perancangan berjalan lancar, projek ini boleh dimulakan seawal suku pertama tahun hadapan.

“Pembinaan pangkalan ini juga tidak akan mengganggu penduduk tempatan, sebaliknya membawa limpahan ekonomi ke kawasan tersebut,” ujarnya.

Turut mengiringi beliau semasa Lawatan Kerja Rasmi ke Tapak Projek Mawilla 4 di Muara Tebas ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar; Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr. Hazland Hipni; Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain serta tetamu kehormat yang lain.
Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Karya Voon Kim Cheong, simfoni warna, irama jiwa
Next: Kerajaan salur RM2.8 juta bantu mangsa bencana di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.