PAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan Tan Sri William Mawan Ikom baru-baru ini menyerahkan sumbangan kepada lapan orang mangsa kebakaran dan tanah runtuh.
Setiap mereka menerima RM500 seorang merupakan penghuni Rumah Andrew Lawai akibat kebakaran, manakala penghuni Rumah Menyimbang susulan tanah runtuh.
Bantuan diserahkan Mawan pada majlis ringkas yang turut dihadiri Pegawai Daerah Pakan Seroji Ludin di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Pakan di sini, kelmarin.
Mawan menghargai usaha agensi kerajaan yang terlibat membantu mangsa yang terlibat.
“Kerjasama erat di antara agensi kerajaan ini sangat penting demi membantu rakyat terutama dalam keadaan susah setelah ditimpa bencana,” katanya.