Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Mattary diambil alih MIS
  • TEMPATAN

Mattary diambil alih MIS

Utusan Sarawak 4 years ago
RASMI… Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg melakukan gimik perasmian Majlis Sambutan 10 Tahun Maahad Tahfi z Tun Abdul Rahman Ya’kub Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak di Dewan Majma’ Tunku Abd Halim Mu’adzam Shah, di Kuching semalam.

KUCHING: Maahad Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya’kub (Mattary) akan diambil alih oleh Majlis Islam Sarawak (MIS) bermula tahun hadapan.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, hal ini memandangkan perbelanjaan sekolah berkenaan amat tinggi.

“Perbelanjaan untuk Mattary amat tinggi, maka biarlah Kerajaan Negeri menguruskan dan mengambil alih sekolah berkenaan agar mudah menyalurkan dana perbelanjaan untuk meneruskan operasi Mattary,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan 10 Tahun Maahad Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya’kub Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak di Dewan Majma’ Tunku Abd Halim Mu’adzam Shah, di sini semalam.

Sementara itu, ketanya, Kerajaan Sarawak akan menubuhkan sekolah menengah agama antarabangsa menggunakan silibus dari Madrasah Aljunied Al-Islamiah Singapura.

“Negeri ini akan mempunyai lima sekolah antarabangsa dan saya mahu menubuhkan sekolah antarabangsa untuk masyarakat Islam.

“Pembinaan sekolah ini akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri dan akan dimulakan tahun hadapan. Sekarang ini, ia berada pada tahap perancangan dan projek itu dijangka siap dalam masa tiga tahun,” ujarnya.

Katanya, sekolah baharu itu akan terletak berhampiran sekolah rendah Mattary sekarang dan akan dilengkapi dengan kemudahan yang sesuai dengan pendekatan pendidikan hari ini.

Syarat kemasukan ke sekolah menengah ini lebih ketat dan keputusan pelajar mesti bagus.

“Selain mahir dalam pengajian al-Quran, para pelajar juga akan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi termasuk mengambil silibus STEM (sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik),” jelasnya lagi.
Abang Johari memberitahu, sekolah baharu ini menyediakan peluang bagi pelajar muslim yang belajar di sekolah rendah agama seperti Mattary.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: Hasil penyelidikan bakal diterbitkan
Next: “Biar masa buktikan,S’wak hilang hak atau tidak”

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.