Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • MATTA gesa lanjutkan tempoh moratorium
  • BISNES

MATTA gesa lanjutkan tempoh moratorium

Utusan Sarawak 5 years ago

The signing ceremony of a Memorandum of Understanding (MoU) between MATTA and the Association of Malaysian Spas (AMSPA) to mark a start of a new collaboration ahead.

PRESIDEN MATTA, Datuk Tan Kok Liang

KUALA LUMPUR: Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menggesa kerajaan melanjutkan tempoh moratorium pinjaman selama enam bulan lagi bagi industri pelancongan memandangkan sektor ini merupakan antara penyedia pekerjaan yang utama dan penyumbang penting kepada ekonomi negara.

MATTA menerusi kenyataan semalam berkata industri pelancongan dan perjalanan telah terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 dan kajian menunjukkan ia hanya akan pulih daripada krisis semasa jauh lebih perlahan daripada sektor lain dalam ekonomi Malaysia.

Tambahan pula, pada 6 Julai lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi kenyataan bahawa industri pelancongan memerlukan empat tahun untuk pulih, menurutnya.

“Ramai peserta pelancongan mengalami kemerosotan pendapatan sejak Mac 2020 susulan kemelesetan dan pengangguran. Bergantung semata-mata kepada pelancongan domestik sahaja tidak mencukupi untuk mengekalkan perniagaan dan individu yang berkerja dalam industri ini,” kata Presiden MATTA, Datuk Tan Kok Liang.

Beliau berkata ketidakmampuan industri untuk membayar semula pinjaman mereka disebabkan oleh peraturan yang ketat dan permintaan lemah.

Peminjam individu yang bekerja dalam industri hospitaliti dan pelancongan juga harus diberi lanjutan moratorium enam bulan lagi kerana ramai yang menghadapi pemotongan gaji, cuti tanpa gaji atau diberhentikan.

“Ramai yang tidak memiliki kemampuan untuk membayar balik pinjaman mereka dalam keadaan tertekan dan kadar pengangguran meningkat dengan cepat,” katanya.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menganggarkan kerugian yang dialami oleh industri pelancongan dan budaya bernilai RM45 bilion dari segi perbelanjaan pelancongan dan kira-kira satu juta pekerja dalam industri pelancongan di Malaysia dijangka hilang pekerjaan mereka tahun ini.- Bernama

Continue Reading

Previous: Tiga tonggak utama dalam pelan pemulihan ekonomi
Next: GM Klang pembekal produk bayi terbesar Asia Tenggara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.