Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Masyarakat tempatan dapat manfaat
  • TEMPATAN

Masyarakat tempatan dapat manfaat

Utusan Sarawak 5 years ago
TUMPUAN… Datuk Alexander Nanta Linggi dalam program bual bicara Abas Orang Kamek yang disiarkan secara langsung di Facebook Sarawak Volunteers di Kuching, malam kelmarin.

KUCHING: Rancangan Republik Indonesia untuk memindahkan ibu negaranya ke Kalimantan akan memberi manfaat kepada masyarakat tempatan di Sarawak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang juga Ahli Parlimen Kapit, Datuk Alexander Nanta Linggi melihat perkembangan itu daripada sudut yang positif kerana ia boleh membantu meningkatkan tahap ekonomi penduduk di sekitar kawasan tersebut.

“Kalau dalam konteks ibu kota Indonesia dipindahkan, bagi saya itu adalah (keputusan) yang positif.

“Ini kerana sekiranya ibu kota itu didirikan di Kepulauan Borneo, bermakna lokasinya akan lebih dekat dengan Sarawak, kerana kita berada di kepulauan yang sama,” katanya.

Beliau berkata, usaha boleh digerakkan untuk meningkatkan kerjasama antara kerajaan Indonesia dan Malaysia bagi mewujudkan jaringan jalan raya yang boleh menghubungkan Sarawak dengan ibu kota baharu republik itu.

“Dengan adanya jalan perhubungan, sudah semestinya ini akan menggalakkan permintaan dari penduduk di ibu kota Indonesia (yang boleh ditampung oleh pengeluaran pengusaha Sabah dan Sarawak),” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam program bual bicara Abas Orang Kamek – Kafe Kamek dengan tajuk ‘Bagaimana KPDNHEP Membantu

Isu Kepenggunaan di Sarawak’ yang disiarkan secara langsung di Facebook Sarawak Volunteers di sini, malam kelmarin.

Untuk rekod, pada Ogos tahun lalu, Presiden Indonesia, Joko Widodo mengumumkan perancangan republik itu untuk memindahkan ibu kota Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan.

Alexander berkata, meskipun lokasi baharu itu masih belum diketahui, tetapi beliau berharap Kapit turut akan menerima tempias pembangunan seiring perkembangan Kalimantan sebagai ibu negara Indonesia.

“Kedudukan Kapit memang dekat dengan sempadan. Kita harap ada impak positif,” tambahnya.

Oleh Zarina Abdullah

Continue Reading

Previous: RIMUP diperkenalkan semula
Next: Budayakan integriti dalam masyarakat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.