Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Masyarakat pelbagai bangsa dan agama di Sarawak terus kukuh amalan segulai sejalai 
  • Tengah
  • WILAYAH

Masyarakat pelbagai bangsa dan agama di Sarawak terus kukuh amalan segulai sejalai 

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATUK Mong Dagang semasa hadir pada Majlis Kunjungan Mesra ke Tokong Ji Xuan Gong di Entulang Baru, kelmarin. Foto: Pusat Khidmat ADUN Bukit Begunan

SRI AMAN: Kepelbagaian bangsa dan agama bukan halangan bagi rakyat Sarawak untuk terus hidup harmoni, bersatu hati serta mempraktikkan semangat segulai sejalai dalam setiap aspek kehidupan, termasuk sambutan perayaan dan aktiviti keagamaan di seluruh negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang berkata, perpaduan erat rakyat Sarawak dapat dilihat melalui budaya kunjung-mengunjung tanpa mengira kaum, yang menjadi identiti unik negeri ini sejak sekian lama.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Kunjungan Mesra ke Tokong Ji Xuan Gong di Entulang Baru, kelmarin iaitu kunjungan pertama oleh mana-mana wakil rakyat atau agensi kerajaan ke tokong tersebut.

Tokong Ji Xuan Gong ditubuhkan bagi masyarakat Cina yang menganut agama Buddha di kawasan luar bandar, dan sejak diasaskan, pelbagai aktiviti keagamaan telah dijalankan oleh komuniti tersebut, termasuk program kebajikan setempat serta penyertaan dalam aktiviti keagamaan di luar negara seperti Thailand dan Laos.

DATUK Mong Dagang menyampaikan ucapan pada Majlis Kunjungan Mesra di Tokong Ji Xuan Gong, menekankan pentingnya perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang agama di Sarawak. Foto: Pusat Khidmat ADUN Bukit Begunan

Menurut Mong, setiap agama mengajar nilai kesucian, kebaikan dan pedoman hidup, justeru penting untuk semua pihak terus saling menghormati serta mengukuhkan keharmonian yang sudah lama terjalin di Sarawak.

“Dapat kita lihat bagaimana masyarakat berbilang bangsa dan agama di Sarawak boleh bersatu hati, hidup dalam toleransi, malah saling mengunjungi antara satu sama lain pada musim perayaan. Inilah kekuatan sebenar rakyat Sarawak,” katanya.

Beliau turut menegaskan komitmen kerajaan negeri melalui Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) dalam menyediakan bantuan dan sokongan kepada rumah-rumah ibadat bukan Islam, termasuk dalam aspek pembangunan serta dana operasi.

Setiap permohonan, jelasnya, perlu melalui ADUN kawasan masing-masing untuk sokongan awal.

Dalam majlis itu, Mong mengumumkan dua peruntukan iaitu geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM12,000 kepada Tokong Ji Xuan Gong dan RM8,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Patricia.

Turut hadir, Penaung Tokong Ji Xuan Gong, Desmond Voon; Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Dennis Bunyam; Penghulu Bangga Munap, Penghulu Menjang Niah, Penghulu Riji Gu serta para penganut tokong dan masyarakat setempat.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Naik taraf parkir RM1 juta tingkat kemudahan pelancongan Pantai Tanjung Kembang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.