Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Masyarakat Orang Ulu digesa kekal bersatu
  • Utara
  • WILAYAH

Masyarakat Orang Ulu digesa kekal bersatu

Utusan Sarawak 2 months ago
BERSALAM… Datuk Gerawat Gala bersalaman dengan peserta Persidangan Delegasi Dwitahunan FORUM Kesembilan di Miri semalam.

MIRI: Masyarakat Orang Ulu, yang terdiri daripada hanya sekitar enam peratus daripada jumlah penduduk Malaysia digesa supaya kekal bersatu bagi membolehkan suara mereka didengari.

“Apabila kita bersatu, kita mempunyai suara yang kuat dan jelas,” kata Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala yang juga Ketua Penasihat Persekutuan Persatuan Orang Ulu Sarawak, Malaysia (FORUM).

Beliau berkata semasa berucap pada majlis perasmian Persidangan Delegasi Dwitahunan FORUM Kesembilan semalam.

UCAPAN… Datuk Gerawat Gala pada majlis perasmian Persidangan Delegasi Dwitahunan FORUM Kesembilan di Miri semalam.

Gerawat melahirkan rasa bangga melihat ramai pemimpin masyarakat menghadiri persidangan tersebut dan ia menunjukkan sokongan padu mereka terhadap FORUM.

Katanya, semua ahli politik wakil rakyat Orang Ulu, adalah daripada gabungan Gabungan Parti Sarawak (GPS), termasuk ADUN Ba’Kelalan.

HADIR… Antara yang hadir pada Persidangan Delegasi Dwitahunan FORUM Kesembilan di Miri semalam.

“Untuk ini, kita mesti bekerjasama rapat dalam FORUM. Ini adalah sesuatu yang kita mesti kekalkan dan pertahankan supaya suara Orang Ulu diberi perhatian dan peranan yang lebih berkesan.

“Dengan perpaduan, kerjasama yang baik dan prestasi kita, sudah tentu kita akan diberi kepercayaan untuk memikul tanggungjawab yang lebih berat dan lebih besar,” katanya.
Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM23 juta dibelanjakan bantu mangsa bencana di Parlimen Julau
Next: 33 penerima terima sumbangan barangan keperluan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.