Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Masyarakat Kedayan raikan Makan Tahun tanda kesyukuran, perpaduan
  • TEMPATAN

Masyarakat Kedayan raikan Makan Tahun tanda kesyukuran, perpaduan

Utusan Sarawak 6 hours ago
ALBUM… Datuk Rosey Yunus rakan album bersama penduduk Kampung Bulau ketika hadir ke Majlis Makan Tahun di Kampung Bulau hari ini. Foto: Adum Liu

BEKENU: Tradisi tahunan Makan Tahun terus dihidupkan oleh masyarakat Kedayan di sini sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian serta usaha untuk mengukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti pelbagai kaum.

KETUA Kampung Bulau Amin Antin ketika ditemui Utusan Sarawak pada Majlis Makan Tahun di Kampung Bulau hari ini. Foto: Adum Liu

Menurut Ketua Kampung Bulau (KK) Amin Antin ketika ditemui Utusan Sarawak di Majlis Makan Tahun hari ini berkata, Makan Tahun ini satukan komuniti Kedayan di Bekenu, lambang kesyukuran dan perpaduan.

“Setiap tahun kampung kami akan mengadakan majlis seperti ini, sekitar 500 hingga 1,000 orang akan hadir ke sini.

“Majlis yang berlangsung dengan penuh meriah itu dihadiri oleh penduduk tempatan, pemimpin masyarakat dan tetamu jemputan dari pelbagai latar belakang.

“Makan Tahun merupakan acara adat penting bagi masyarakat Kedayan yang lazimnya diraikan selepas musim menuai, sebagai simbol penghargaan kepada rezeki yang diberikan serta permuafakatan sesama penduduk,” katanya.

PESARA guru iaitu Rahsid Yakup Rahsid Yakup ketika ditemui Utusan Sarawak pada Majlis Makan Tahun di Kampung Bulau hari ini. Foto: Adum Liu

Sementara itu, salah seorang pengunjung yang merupakan pesara guru iaitu Rahsid Yakup berkata, berkata bahawa majlis sebegini bukan sahaja mengekalkan warisan budaya masyarakat Kedayan, malah menjadi platform terbaik untuk memperkukuh perpaduan antara kaum di Bekenu.

“Kita mahu anak-anak muda terus kenal dan bangga dengan budaya sendiri di samping merapatkan hubungan dengan komuniti lain,” ujarnya.

“Antara acara menarik sepanjang program termasuklah persembahan budaya, masakan tradisional Kedayan, permainan rakyat serta doa selamat.

“Turut kelihatan ialah semangat gotong-royong yang tinggi dalam penyediaan juadah dan dekorasi majlis serta mencerminkan semangat kerjasama yang masih utuh dalam kalangan penduduk,” ujarnya lagi.

Hadir ke majlis ini ialah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak Datuk Rosey Yunus dan Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Dr Ripin Lamat dan Pemanca Ali Mudin serta ketua-ketua kaum setempat.

Oleh Adum Liu

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Lelaki cedera diserang haiwan liar dipercayai kucing tulap
Next: Tetap KPI penurunan kes remaja hamil 10 peratus setiap tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.