Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Masyarakat diingatkan berwaspada terhadap taktik scammer semakin licik
  • Tengah
  • WILAYAH

Masyarakat diingatkan berwaspada terhadap taktik scammer semakin licik

Utusan Sarawak 1 day ago
DATO Mohd Chee Kadir merasmikan Program Taklimat Scammer dan Kaunter Pembukaan Akaun Bank Rakyat anjuran PEKA Kabong semalam. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kabong

KABONG: Teknik penipuan kewangan oleh sindiket scammer semakin canggih dan licik, menuntut masyarakat agar sentiasa berhati-hati serta meningkatkan tahap kewaspadaan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.

Kesedaran itu disuarakan dalam Program Taklimat Scammer dan Kaunter Pembukaan Akaun Bank Rakyat anjuran Persatuan Pesara Kabong (PEKA) yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir.

Taklimat tersebut disampaikan oleh pegawai Bank Rakyat Cawangan Sarikei, Mohamad Aza Nizam Dawi dan Abdul Raziq Zikri Kadir yang menekankan teknik penipuan terkini yang digunakan sindiket.

Antaranya panggilan telefon menyamar sebagai pihak berkuasa, mesej palsu melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram, laman sesawang tiruan, pelaburan tidak wujud, serta penyamaran identiti di media sosial.

Mereka turut berkongsi langkah pencegahan seperti tidak mudah mempercayai panggilan atau mesej mendakwa daripada pihak berkuasa atau institusi kewangan, tidak mendedahkan maklumat peribadi dan butiran akaun bank secara sewenang-wenangnya.

Selain itu, menyemak semula nombor telefon atau laman web melalui saluran rasmi sebelum membuat sebarang transaksi serta melaporkan segera kepada pihak berkuasa jika menerima panggilan atau mesej mencurigakan.

Chee Kadir dalam ucapannya berkata, program sebegini amat penting untuk memberi pendedahan kepada masyarakat luar bandar, khususnya warga emas yang sering menjadi sasaran utama scammer.

“Kesedaran dan ilmu merupakan benteng utama dalam melindungi diri dan keluarga daripada terjebak dengan penipuan kewangan.

“Masyarakat perlu peka, jangan cepat panik, dan sentiasa membuat pengesahan sebelum melakukan sebarang transaksi,” katanya.

Majlis turut dihadiri Penghulu Sani Mohd, Penghulu Rahman @Dom Kapok, Pengerusi PEKA Kabong Ismail Merikan, Pengerusi LAKIK Kaunselor Ulin Tabur, serta Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kabong, Bujang Lee.

Program diakhiri dengan pembukaan kaunter khas Bank Rakyat bagi memudahkan penduduk Kabong membuka akaun baharu secara terus.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: ADUN Krian gesa percepat pembinaan Pusat Pentadbiran baharu di Nanga Budu
Next: MDLA sambut Hari Cuci Malaysia 2025 tekankan komuniti bersih dan lestari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.