Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Masyarakat di Mukah ratapi pemergian Latip
  • TEMPATAN

Masyarakat di Mukah ratapi pemergian Latip

Utusan Sarawak 5 years ago
PEMERGIANMU DIRATAPI, PEMERGIANMU DIRASAI…Abdul Latip Mohti.

MUKAH: Pemergian seorang pereka fesyen tempatan, Abdul Latip Mohti amat dirasai oleh masyarakat di kawasan ini.

Beliau yang  menghidap sejenis penyakit kronik menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Bintulu sekitar 2.55 pagi Rabu (10 Jun).

Selain daripada pereka fesyen, arwah yang berusia  50 tahun adalah pengggiat seni dan budaya Melanau semenjak beberapa dekad yang lalu.

Jenazahnya telah dibawa ke kampung halamannya di  Kampung Kuala Lama  di sini sebelum dikebumikan di  Tanah Perkuburan Islam Mukah pada tengah hari semalam.

Setiausaha Eksekutif Persekutuan Persatuan Melanau Sarawak,  Royston Valentine, menganggap kematian arwah sebagai kehilangan besar kepada komuniti tempatan.

“Pemergiannya adalah satu  kehilangan yang amat besar kepada masyarakat tempatan terutama komuniti Melanau. Kita pasti terkesan kerana arwah telah banyak menyumbang dan membantu komuniti dalam pelbagai perkara, terutama sekali dalam  memartabatkan budaya Melanau di pelbagai peringkat,” ujarnya.

Royston berkata demikian  ketika dihubungi untuk mengulas tentang jasa-jasa dan peranan Arwah Latip terutama tentang busana dan budaya Melanau.

Royston yang turut hadir pada upacara pengkebumian menyatakan Arwah Latip juga berperanan dalam membantu menjayakan banyak aktiviti di sini.

“Tidak boleh dinafikan bahawa sumbangannya selama ini terutama di dalam menjayakan pelbagai aktiviti dan majlis,  dari yang kecil-kecilan seperti majlis perkahwinan sehinggalah ke majlis besar- besaran yang melibatkan orang-orang kenamaan,” kata dia lagi.

Tambahnya , setiap kali majlis atau aktiviti yang melibatkan arwah pasti tidak akan meninggalkan sedikit pun konsep Melanau dalam hasil karyanya.

“Saya secara pribadi menganggap  Arwah Latip sebagai  salah seorang ikon Melanau dalam bidangnya dan layak dijulang. Latip’s Collections telah menempah nama ditahap yang amat membanggakan warga Mukah,” ujar Royston yang juga merupakan bekas Ikon Belia Sarawak dan Bekas Ahli Parlimen Belia Malaysia ini lagi.

Oleh Henry B Siyu

Continue Reading

Previous: Tiada perubahan penetapan harga petrol, diesel
Next: Kontraktor digesa proaktif siapkan projek

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.