Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Masyarakat Cina anak Sarawak perlu pegang wasiat Tok Nan untuk terus jaga Sarawak
  • Utara
  • WILAYAH

Masyarakat Cina anak Sarawak perlu pegang wasiat Tok Nan untuk terus jaga Sarawak

Utusan Sarawak 6 hours ago
UTAMAKAN Sarawak…Henry Sum mengajak masyarakat berbilang kaum di Lawas menjaga Sarawak sesuai wasiat Tok allahyarham Nan dahulu.

LAWAS: Seruan bekas Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem atau Tok Nan supaya rakyat terus menjaga Sarawak perlu dijadikan pegangan bersama, termasuk dalam kalangan masyarakat Cina di negeri ini.

Ahli Parlimen Lawas, Henry Sum Agong berkata, amanah tersebut perlu diterjemahkan melalui perpaduan serta persediaan menghadapi pembangunan yang semakin pesat, khususnya di Lawas.

RASMI majlis…Henry Sum memukul gendang cina sebagai simbolik perasmian pesta chap goh meh di dewan Tua Pek Kong Lawas.

“Itu Tok Nan cakap ya jaga Sarawak dan kita dibLawas jaga Lawas baik-baik. Sekarang inu pembangunan di Lawas laju juga macam kuda sekarang kalau Lawas sekarang lain daripada dulu,” katanya sewaktu merasmikan Pesta Chap Goh Meh di Dewan Tua Pek Kong Lawas malam tadi.

Seterusnya beliau mengesa agar masyarakat cina untuk sama-sama terlibat dalam gelombang pembangunan di Sarawak.

Melalui aktiviti perniagaan dengan membuka ruang ekonomi yang lebih luas di Sarawak.
Dalam majlis sama, beliau turut mengumumkan sumbangan sebanyak 10 ribu ringgit bagi membantu jawatankuasa mengelolakan program berkenaan.

DISAMBUT meriah…Henry Sum diiringi Pengerusi Tua Pek Kong Lawas Siek Hien Teck, Pemanca Tan Yong H’ng, Penghulu Dennis Liaw Soon Cheng dan pemimpin masyarakat cina Lawas lainnya. 

Henry Sum Agong kemudiannya meluangkan masa menyaksikan beberapa persembahan sebelum meneruskan perjalanan ke Long Tuan malam tadi.

Pesta tersebut berlangsung selama tiga hari bermula malam Ahad hingga Selasa dengan pelbagai acara keagamaan dan kebudayaan termasuk persembahan nyanyian, tarian serta tarian naga.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Doa, kekuatan seorang wanita bernama Zubaidah
Next: Inisiatif parkir pintar tingkat kecekapan pengurusan bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.