SIBU: Para pelajar di negeri ini harus mempersiapkan diri dengan segera bagi menghadapi persaingan mendapatkan tempat di universiti yang dimiliki oleh kerajaan Sarawak.
Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr. Annuar Rapa’ee menegaskan bahawa mereka perlu berusaha tanpa bergantung kepada sistem kuota.
“Menjelang 2026, kerajaan akan menawarkan pendidikan percuma kepada semua pelajar yang layak untuk mengikuti kursus berkaitan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) di semua universiti di negeri in
“Adalah penting bagi pelajar untuk bersedia kerana dalam beberapa tahun akan datang, anda harus menumpukan perhatian kepada pendidikan anda supaya tiada halangan yang menghalang anda,” ujarnya.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Pameran Kerjaya dan Latihan Sarawak (SCaT Fair) 2024 di Stadium Tertutup Sibu, hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu juga memberitahu baru-baru ini, beliau telah memuat naik klip video di TikTok tentang kepentingan pendidikan, yang menggambarkan universiti kerajaan Sarawak seperti Swinburne, Curtin, Universiti Teknologi Sarawak (UTS), ICATS, dan CENTEXS, yang menerima pelajar tanpa sistem kuota.
Dengan kata lain katanya, berdasarkan meritokrasi, kelayakan pelajar adalah penentu untuk menyertai universiti ini.
“Klip video TikTok tersebut telah menarik lebih daripada 100,000 penonton setakat ini. Ini menunjukkan bahawa sudah tiba masanya untuk semua pelajar menyedari betapa pentingnya persaingan dalam mengejar pendidikan tinggi di universiti.
“Kami percaya bahawa satu-satunya cara untuk mencapai kecemerlangan dan melatih bakat adalah dengan memilih yang terbaik dalam kalangan pelajar. Hanya melalui cara ini, kita dapat memajukan negara kita,” tegasnya.
Dr. Annuar juga menjelaskan kerajaan tidak mengabaikan pelajar di kawasan luar bandar yang memerlukan bantuan, dan oleh itu, dua pendekatan diambil untuk membantu mereka.
“Ini jelas terbukti di UTS, yang mana jumlah pelajar Bumiputera adalah sangat rendah apabila yuran terlalu tinggi.
“Oleh itu, kerajaan telah setuju untuk memberikan biasiswa sebanyak 50 peratus, dan akibatnya jumlah pelajar dari kawasan luar bandar, terutama Bumiputera dan keluarga miskin, meningkat kepada 38 peratus berbanding kurang daripada 10 peratus sebelum ini.
“Ini menunjukkan terdapat pelajar yang layak untuk masuk ke universiti, tetapi mereka menghadapi kesulitan kewangan,” jelasnya.
Menurutnya, satu lagi pendekatan yang mana kerajaan menyedari pelajar luar bandar menghadapi banyak kekangan, terutamanya dari segi infrastruktur sekolah.
“Oleh itu, kerajaan juga memulakan inisiatif memberikan tuisyen percuma, bermula dari Tingkatan 3 hingga Tingkatan 5, dengan anggaran kos sekitar RM15 juta,” katanya.
Dr. Annuar percaya dengan pendekatan ini, meritokrasi berasaskan kelayakan akan memastikan setiap pelajar harus bersaing untuk menyertai universiti di bawah kerajaan Sarawak.
Oleh Tarani Lanting