Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Masuk tanpa dokumen sah, pasangan suami isteri dihukum penjara enam bulan
  • MAHKAMAH

Masuk tanpa dokumen sah, pasangan suami isteri dihukum penjara enam bulan

Utusan Sarawak 7 hours ago
DIPENJARA… Keti (kiri) dan Heriadi diiringi oleh anggota polis setelah didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memasuki negara ini secara haram. 

SIBU: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara enam bulan terhadap sepasang suami isteri warga Indonesia atas pertuduhan memasuki negara ini secara haram.

Hakim Musyiri Peet menjatuhkan hukuman itu setelah mendengar serta menerima pengakuan bersalah pasangan terbabit yang dikenali sebagai Heriadi, 39, dan Keti, 36.

Dalam pada itu, mahkamah turut mengarahkan kedua-dua tertuduh dirujuk kepada Jabatan Imigresen setelah selesai menjalani hukuman penjara tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah pada 23 Jun 2025, jam lebih kurang 9.50 malam di tepi Jalan Teku-Pasai Siong.

Sehubungan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan dihukum mengikut Seksyen 6(3), akta yang sama.

Sabit kesalahan di bawah Seksyen 6(3) ini boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali dan juga boleh dikenakan sebatan tidak lebih enam kali.

Mengikut fakta kes, pada 23 Jun 2025, sekitar 9.50 malam, pengadu bersama sepasukan anggota polis telah menahan dua suspek di tepi Jalan Teku-Pasai Siong kerana disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang warga Indonesia di pondok kebun di Jalan Rantau Panjang.

Ketika disiasat, kedua-dua suspek iaitu tertuduh gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan bagi memasuki negara ini.

Semakan dengan Jabatan Imigresen juga mendapati tiada rekod ‘Pergerakan Keluar/Masuk’ dengan jabatan terbabit, sekaligus menunjukkan mereka memasuki negara ini secara haram.

Sementara itu, Heriadi telah didakwa di Mahkamah Majistret pada 8 Julai lepas bagi pertuduhan membunuh seorang rakan senegara dikenali sebagai Andi pada 22 Jun 2025, sekitar 7.00 malam di sebuah pondok kebun di Jalan Rantau Panjang.

Bagaimanapun tiada pengakuan dicatatkan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Romario Jonoi memandangkan kes adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Cynthia Emmelda Jerry sementara kedua-dua tertuduh tidak diwakili.

Oleh Akun Giman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Gagal bayar denda RM10,000, lelaki dipenjara setahun atas kes khianat
Next: Penghibur tempatan dituduh lakukan seks luar tabii, mengaku tidak bersalah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.