Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Masuk Sarawak seperti biasa
  • NASIONAL

Masuk Sarawak seperti biasa

Utusan Sarawak 5 years ago

PUTRAJAYA, 13 Jun -- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada sidang media harian perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Ogos di Bangunan Perdana Putra hari ini.
--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA


PUTRAJAYA, June 13 -- Senior Minister (Security Cluster) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob speaking during daily press conference regarding the Recovery Movement Control Order (RMCO) until August 31 at the Perdana Putra today.
--fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED



SIDANG MEDIA Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada sidang media harian perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Ogos di Bangunan Perdana Putra semalam. • Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Orang ramai kini boleh memasuki Sarawak seperti biasa tanpa perlu memohon kebenaran   Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, bagi pergerakan rentas negeri dan menjalani ujian saringan Covid-19 (PCR) sebelum berlepas ke negeri itu.

Kebenaran itu adalah untuk rakyat Malaysia sahaja, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Namun mereka perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, termasuk memuat turun aplikasi MySejahtera dan mengisi borang deklarasi kesihatan.

“Sampel PCR juga akan diambil secara rambang setelah tiba di pintu masuk utama negeri (udara, darat dan laut), dan mereka dinasihat   memuat turun aplikasi ‘Covid Trace Sarawak’ dan ‘Qmunity’,” katanya pada sidang media harian semalam.

Pergerakan rentas negeri ke Sarawak dari Semenanjung, Sabah dan Labuan, sebelum ini perlu mendapat kebenaran Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, selain mengambil sampel PCR bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Sementara itu Ismail Sabri mengingatkan, individu yang diarahkan menjalani kuarantin di rumah agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, iaitu kuarantin di dalam bilik yang diasingkan bagi tempoh 14 hari.

Jelasnya, sekiranya didapati terdapat individu mengingkari arahan tersebut, mereka akan berdepan kompaun RM1,000 atau dihadapkan ke mahkamah.

“Sebenarnya proses kuarantin wajib ini mereka sepatutnya berada di dalam bilik yang diasingkan dan tidak boleh berlegar-legar dalam rumah, kerana dikhuatiri akan menjangkiti orang lain.

“Individu yang menjalani kuarantin itu perlu berada dalam bilik sendiri, makan di dalam bilik. Itu sebenarnya kuarantin di rumah, bukan boleh keluar tengok televisyen bersama ahli keluarga yang lain di ruang tamu, sebab walaupun negatif, pada hari ke-13 mereka akan disaring sekali lagi,” katanya.

Beliau berkata, seramai 478 rakyat Malaysia   telah   pulang ke tanah air   melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dari Singapura,   UAE,   China,   Bangladesh,   Hong Kong,   Mesir, India, Indonesia   dan   Brunei, Jumaat lepas.

Daripada jumlah tersebut, seramai   475   individu   telah diperintah untuk menjalani   proses kuarantin wajib di kediaman mereka, manakala tiga   individu lagi dihantar ke hospital.

“270   individu   juga telah   tiba melalui pintu masuk   di   negeri Johor dan telah diperintahkan untuk menjalani kuarantin di rumah,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Penerima sumbangan ziarah kasih Agong sebak
Next: Simpanan pesara RM740,000 lesap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.