Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Masters Malaysia 2025: Pearly-Thinaah mara ke suku akhir
  • SUKAN

Masters Malaysia 2025: Pearly-Thinaah mara ke suku akhir

Utusan Sarawak 11 hours ago
AKSI atlet beregu Wanita negara, Pearly Tan (kanan) dan M Thinaah (kiri) ketika menentang pemain Thailand, Pichamon Phatcharaphisutsin dan Nannapas Sukklad pada perlawanan kejohanan Perodua Malaysia Masters 2025 di Axiata Arena Bukit Jalil hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah meneruskan kemaraan ke suku akhir Masters Malaysia 2025 selepas menewaskan pasangan Thailand, Pichamon Phatcharaphisutsin-Nannapas Sukklad, dalam aksi pusingan kedua hari ini.

Dalam aksi yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, pasangan pilihan ketiga itu mempamerkan aksi bertenaga untuk mencatat kemenangan straight set 21-13, 21-15 dalam masa 37 minit.

“Ketika beberapa mata genting, lawan memberi tekanan hebat kepada kami. Tapi kami saling mengingatkan agar kekal tenang dan berpegang kepada corak permainan sendiri,” kata Thinaah.

Pearly-Thinaah dijadual bertemu beregu Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Amallia Cahaya Pratiwi pada aksi suku akhir esok selepas pasangan itu mudah menundukkan wakil Taiwan, Yan Fei Chen-Liang Ching Sun 21-13, 21-13.

Menurut Pearly, mereka sentiasa berusaha mengekalkan fokus tanpa mengira siapa lawan. 

“Setiap pasangan yang kami hadapi bukan mudah. Kami sering saling ingatkan untuk kekal fokus dan berpegang kepada corak permainan kami, selain berbincang dengan jurulatih,” katanya.

Dalam pada itu, satu lagi beregu wanita negara Go Pei Kee-Teoh Mei Xing terpaksa akur apabila disingkirkan pilihan ketujuh dari China, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian selepas tewas 6-21, 13-21.

Nasib sama menimpa beregu campuran negara Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien yang gagal menandingi kehebatan gandingan pilihan keenam dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran apabila tunduk 14-21, 9-21.

Sementara itu, pasangan Loo Bing Kun-Toh Ee Wei turut menamatkan kempen mereka selepas tewas dalam pertarungan sengit selama 68 minit kepada gandingan Taiwan, Ye Hong Wei-Nicole Gonzales Chan, 21-19, 20-22, 18-21.

Ini juga penampilan terakhir gandingan Bing Kun-Ee Wei apabila Ee Wei akan kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie pada Terbuka Singapura bermula 27 Mei ini.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Malaysia sahkan tempat separuh akhir beregu lelaki Masters Malaysia
Next: Aaron-Wooi Yik ke suku akhir, kontroversi jejaskan Kai Xing-Aaron Tai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.