Masters Jepun: Sze Fei-Nur Izzudin ‘mandi peluh’ sebelum ke suku akhir

Facebook
WhatsApp
BEREGU lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani dipaksa bekerja keras sebelum mengesahkan kemaraan ke pusingan suku akhir Masters Jepun 2025 hari ini. Foto Persatuan Badminton Malaysia

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani dipaksa bekerja keras sebelum mengesahkan kemaraan ke pusingan suku akhir Masters Jepun 2025 hari ini.

Pasangan pilihan kedua kejohanan itu menumpaskan pemain tuan rumah Keiichiro Matsui-Katsuki Tamate menerusi set penentuan pada aksi pusingan kedua di Kumamoto Prefectural Gymnasium.

Gandingan profesional negara itu tewas 21-23 di set pertama tetapi kembali bangkit memenangi set kedua 21-13 sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Aksi set ketiga menyaksikan kedua-dua pasangan berkejar mata sebelum Sze Fei-Nur Izzuddin memutlakkan kemenangan dengan 26-24 dalam perlawanan berlangsung selama 65 minit.

Menanti pasangan negara di suku akhir, Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan dari Taiwan.

Mengikut jejak ke suku akhir, pasangan Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King selepas mengetepikan cabaran gandingan Jepun Takumi Nomura-Yuichi Shimogami 21-11, 21-19, sekali gus akan bertemu satu lagi wakil tuan rumah Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita.

Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri pula menewaskan Liu Kuang Heng-Yang Po Han dari Taiwan 14-21, 21-17, 21-19 untuk bertemu rakan senegara Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi-Lin.

Keputusan lain melibatkan pemain Malaysia: 

Perseorangan wanita:

Wong Ling Ching mn Michelle Li (CAN)  21-17, 16-21, 21-19

Beregu lelaki:

Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita (JPN) mn Ong Yew Sin-Teo Ee Yi 21-17, 10-21, 21-14

Kakeru Kumagai-Hiroki Nishi (JPN) mn Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong 21-13, 21-11

Beregu wanita:

Rui Hirokami-Sayaka Hobara (JPN) mn Ong Xin Yee-Carmen Ting 21-12, 21-9

-Bernama

Puisi

Setahun Lagi Aku Menua Hari ini setahun lagi aku menua namun hayat makin berkurang kerana dengan tahun menambah  makin dekatlah aku dan pulang.  dan cermin pun bercerita hikayat tua rambut yang makin putih gigi yang kian hilang kedut yang jelas berkerut. Aku tidak mahu pesta kek mega atau lilin dan nyala cukuplah doa dan sebingkis maaf kerana tidak terjangkau arif berapa kali lagi pagikah yang bakal menjengah petang yang sempat membahang malam yang sudi kelam.