Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Masters Jepun: Pang Ron-Su Yin mara ke pusingan kedua
  • SUKAN

Masters Jepun: Pang Ron-Su Yin mara ke pusingan kedua

Utusan Sarawak 1 day ago
BEREGU campuran Hoo Pang Ron dan Cheng Su Yin mara ke pusingan kedua selepas menewaskan wakil Taiwan dalam perlawanan sengit tiga set.

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin memulakan kempen dengan langkah positif selepas mara ke pusingan kedua Masters Jepun hari ini.

Pada perlawanan berlangsung  di Kumamoto Prefectural Gymnasium hari ini, wakil negara di ranking ke-20 dunia itu bagaimanapun dipaksa bekerja keras sebelum menafikan kemaraan Wu Hsuan-Yi-Yang Chu Yun dari taiwan 21-18, 18-21, 21-19.

Gandingan negara dijadualkan berdepan beregu Thailand Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran.

Turut mara ke pusingan kedua, pemain perseorangan wanita K Letshanaa yang mengetepikan Keisha Fatimah Azzahra dari Azerbaijab 25-23, 21-8 untuk menempah pertemuan dengan Chiu Pin-Chan dari Taiwan.

Nasib berbeza buat dua beregu campuran iaitu Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien yang terkandas di pusingan pertama.

Soon Huat-Shevon Lai tunduk kepada pasangan tuan rumah Yuichi Shimogami-Sayaka Hobara 17-21, 13-21 manakala Tien Ci-Chiew Sien tewas kepada Liu Kuang heng-Jheng Yu Chieh dari Taiwan 15-21, 16-21.

Turut pulang awal, perseorangan lelaki negara Justin Hoh yang dikalahkan Shogo Ogawa dari Jepun 14-21, 9-21.- Bernama

Continue Reading

Previous: Ronaldo sahkan Piala Dunia 2026 akan jadi yang terakhir
Next: Rachel mara ke suku akhir Terbuka China

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.