Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Masters China: Tang Jie-Ee Wei ‘pecah’ tembok besar untuk mara ke final
  • SUKAN

Masters China: Tang Jie-Ee Wei ‘pecah’ tembok besar untuk mara ke final

Utusan Sarawak 3 weeks ago
BEREGU campuran negara merangkul gelaran juara dunia, Tang Jie-Ee Wei menyingkirkan Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, untuk melangkah ke final Masters China 2025, hari ini. 
 

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara yang baru merangkul gelaran juara dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menampilkan aksi bertenaga untuk menyingkirkan pasangan tuan rumah yang juga nombor satu dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, untuk melangkah ke final Masters China 2025, hari ini. 

Dalam pertembungan separuh akhir di Shenzhen Arena itu, gandingan Malaysia menunjukkan semangat juang dan ketenangan tinggi untuk menundukkan juara bertahan dalam aksi sengit yang berlanjutan selama 80 minit dengan keputuan, 22-24, 21-19, 21-17.

Kemenangan itu merupakan ketiga buat Tang Jie-Ee Wei dalam sembilan pertemuan menentang pasangan China tersebut. 

Tang Jie-Ee Wei akan berdepan beregu Thailand, Decaphol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dalam cubaan mereka membawa pulang gelaran berprestij itu. – Bernama

Continue Reading

Previous: FIFA terima 4.5 juta permohonan pra-jualan Piala Dunia
Next: Aaron-Wooi Yik terkandas di separuh akhir Masters China

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.