Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Masters China: Tang Jie- Ee Wei mara ke separuh akhir
  • SUKAN

Masters China: Tang Jie- Ee Wei mara ke separuh akhir

Utusan Sarawak 3 weeks ago
CHEN Tang Jie dan Toh Ee Wei mara ke saparuh akhir kejohanan badminton Masters China 2025.

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara yang baharu sahaja dinobatkan juara dunia Chen Tang Jie-Toh Ee Wei meneruskan kemaraan mereka pada kejohanan badminton Masters China 2025 selepas menempah tempat empat teratas di Shenzhen, hari ini.

Pada aksi suku akhir di Shenzhen Arena, beregu nombor satu negara dan pilihan ketiga kejohanan itu mengharungi 61 minit permainan yang berlanjutan hingga ke rubber set, sebelum menewaskan pilihan kelima dari Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet, 21-12, 12-21, 21-17.

Menanti Tang Jie-Ee Wei pada peringkat seterusnya beregu tuan rumah dan pilihan kedua Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping yang menumpaskan rakan senegara serta pilihan ketujuh Guo Xin Wa-Chen Fang Hui 21-11, 21-12.

Sementara itu, beregu lelaki profesional dan pilihan ketiga Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani gagal melangkah ke separuh akhir susulan kekalahan 16-21, 11-21 kepada beregu Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri.

Fajar-Muhammad Shohibul akan beraksi menentang sama ada pilihan utama Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan atau Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun, esok. – Bernama

Continue Reading

Previous: Sepanyol, Perancis atasi Argentina dalam Ranking FIFA
Next: Toh Puan Fauziah rasmi Kejohanan Boling PERKEP Kontinjen Sarawak 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.